Ikuti Blog ini

Desak Ibrahim Frog Kosongkan Kerusi Parlimen Pasir Mas

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ?

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ? Adakah ianya sesuai dengan perumpamaan ini , iaitu “melepaskan anjing yang tersepit“ , atau “mendokong biawak hidup“ ?

Referendum Pasir Mas: Desak Ibrahim Ali Kosongkan Kerusi Parlimen !!! Setuju ?

Terlihat , maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 okt , selasa, lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu , kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen , YB Pasir Mas, Ibrahim Ali , bersama dgn YB Batu Pahat

Dah TV depan meja makan , nak elak tak dapat , kena lah dengar lawak jenaka kedua – dua tetamu.

Apa yang nak dikatakan di sini , bukan isu baru , semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni , iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir – akhir ni

Intro

PRU – 12 , baru – baru ni , beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan , TGNA , dengan menggunakan tiket & lambang PAS.

Maknanya , PAS dengan seluruh kekuatan , jentera dan dibantu dengan PKR & DAP , bekerja keras memenangkannya.

Tidak mustahil , tanpa PAS & PR , beliau akan kalah.

Tidak lah diketahui , samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak , tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada , beliau harus tahu harga diri , reti membawa diri , menjaga penampilan dan pembawaan diri , serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA , PAS & PR.

Strategi
Tidak lah diketahui apakah strategi sebenar TGNA membenarkan beliau bertanding dengan menggunakan tiket PAS dalam PRU-12 lalu !!!

Mungkin boleh diagak , beliau hanyalah sebagai alat sahaja , bagi dijadikan sebagai peluru untuk mematikan “perang psikologi“ bagi DUN Pengkalan Pasir yang telah “dimenangi“ oleh umno/bn dalam piihanraya kecil beberapa bulan sebelum daripada itu dan tidak lebih daripada itu.


Barangkali ada kebenarannya sangkaan di atas !!! Wallahu’allam

Rasanya , ada benarnya , kalau lah dilihat kepada prestasi antara yang terbaik pernah dibuat oleh PAS di Kelantan , iaitu hasil sumbangan beliau yag telah dijadikan sebagai “alat“ dan kubu bagi menyerang dan menahan serangan umno/bn yang bertali arus ketika itu.


Padan muka mung Ibrahim Ali !!!!
Tapi masih tak sedar diri

Ulasan seterusnya
Apa yang diperhatikan dalam temubual dengan pengacara tersebut , beliau banyak menghentam dan memperlekehkan YB DSAI , PKR & PR , iaitu salah satu komponen utama dan “key maker“ & “key player“ dalam PR , tempat dimana beliau mengharapkan belas ehsan dan simpati serta memunggut sisa – sisa namanya yang masih berbaki sebagai ahli politik tanah air.

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ?


ATAU

Adakah ianya sesuai dengan perumpamaan ini , iaitu “melepaskan anjing yang tersepit“ , atau “mendokong biawak hidup“ ?

Bandingkan dengan bahana yang menimpa Mustafa Ali , Pesuruhjaya PAS Terengganu , ekoran kenyataan “peribadi“ beliau yang ditafsirkan sebagai menyalahgunakan kedudukannya dalam parti dan juga akhbar HARAKAH , telah menyebabkan imejnya jatuh merudum , punah ranah dan hancur lebur kini ?

Sehinggakan ada yang berani mengesyorkan supaya Presiden parti mengambil tindakan meminta beliau mengosongkan jawatan Pesuruhjaya negeri.


Bagaimana ukuran yang hendak kita letakkan berbanding dengan Ibrahim Ali ini ?

Adakah beliau telah mengadap TGNA , seperti mana Mustafa Ali lakukan , dan memohon maaf, di atas segala keculaparan , “kebiadapan“ , ketidakbertanggungjawapan , dan sebagainya ?

Fikir sejenak !!!!
Adakah mungkin perlu dibuat biopsi , dan ujian darah bagi menentukan warna darahnya , adakah sudah menjadi biru pekat , lebih biru dari darah belangkas maupun orang – orang umno tulin ???

Fikir – fikirkan lah !!!

Macam mana orang – orang Pasir Mas ? Setuju atau tidak kita wujudkan satu NGO mendesak YB yang ada sekarang ni kosongkan kerusi dan satu pilihanraya kecil diadakan , dan kita mintak ‘YB’ Ibrahim Ali bertanding sekali lagi , ikut dialah nak guna tiket mana , kecuali PAS , PKR & DAP.

Kita tengok dimana kekuatannya !!!


Referendum Pasir Mas

Sekiranya dipersetujui , rasanya perlu kepada penubuhan sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan , yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan , bagi menggerakkan secara rasmi , membuat aktiviti – aktiviti seperti mengumpul tandatangan penduduk Pasir Mas , juga Kelantan , serta Malaysia , khususnya dari Pakatan Rakyat , yang bersetuju bagi mendesak beliau , iaitu YB Ibrahim Ali mengosongkan kerusi parlimen dan seterusnya diadakan satu pilihanraya kecil.

Sikit je lagi !!!

Dalam hal ini mungkin kita boleh mintak tolong dari umno untuk mendisiplinkan beliau , kerana dalam keadaan sekarang ini , tidak mungkin umno bersedia menghadapi satu lagi pilihanraya kecil , apa tah lagi di Kelantan , memandangkan kes terbaharu di Kulim Bandar Bharu pun , umno ‘tewas’ sebelum berperang , tapi tentera Rusia lebih bermaruah seperti dalam cerita ‘combact’ , angkat bendera putih , itu pun lepas kalah dalam perang dengan tentera Amerika.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .