Ikuti Blog ini

'Jom Sertai PAS' akan dilancarkan di Pahang - Mahfuz

KOTA BHARU, 31 Okt - PAS akan melancarkan program 'Jom Sertai PAS' tidak beberapa lama lagi dan dengan program ini diharap jentera parti akan diperkuatkan menjelang pilihan raya akan datang.

Menurut, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, pelancaran program peringkat pusat akan dilakukan di negeri Pahang.

Beliau berkata demikian, dalam satu pertemuan dengan rombongan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu yang diketuai Ketua Penerangannya, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Rombongan yang diikuti oleh seramai 14 orang ahli jawatankuasa lajnah berkenaan berkesempatan melawat dan mengikuti sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Mahfuz dalam ucapan aluannya, antara lain telah menerangkan misi dan visi Lajnah Penerangan.

ImageSelain itu, dalam perjumpaan tersebut kedua-dua pihak telah berkesempatan bertukar pandangan mengenai isu politik negara masa kini.

Tambah Mahfuz, suatu program besar bakal dilaksanakan oleh pihak lajnah Penerangan PAS Pusat iatu program yang dikenali sebagai 'Jom Sertai PAS'.

Katanya, pelancaran peringkat pusat dijangka akan diadakan di Pahang pada November ini,selepas itu ia akan diadakan di peringkat negeri.

Menyentuh suasana politik negara pada hari ini, Mahfuz menjangkakan bahawa sekiranya Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan, Najib hanya akan mampu bertahan beberapa bulan sahaja.

"Sewaktu Perdana Menteri dahulu naik menjawat jawatan tersebut mereka membawa imej yang agak positif dan rekod baik.

"Mahathir dijulang sebagai ultra malay, manakala Pak Lah terkenal dengan gelaran mr. clean,"katanya.

Menurutnya lagi, sedangkan ketika Najib bakal menerajui kerajaan Malaysia dan akan bergelar Perdana Menteri ke 6, dirinya dimomok dengan pelbagai skandal seperti Altantunya, sifat boros berbelanja dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran. Jika disenaraikan skandal-skandal dan tuduhan terhadap Najib sebelum daripada ini, ia hampir mencecah 10 kes.

Mahfuz juga menberitahu isu terbaru Najib berkaitan dengan eurocopter yang dikatakan turut memalitkan nama Pak Lah dan kroninya. Masing-masing mula 'mendedahkan' keterlibatan secara tidak telus sehingga memaksa Pak Lah menangguhkan pembelian tersebut.

Tambahnya,sememangnya amalan saling mendedahkan isu dan keburukkan para pesaing dalam perhimpunan Umno perkara biasa dalam Umno.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .