Ikuti Blog ini

LEBIH 30,000 HADIRI RUMAH TERBUKA NIZAR

IPOH: Lebih 30,000 rakyat pelbagai lapisan menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasminya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Satu angka besar yang di luar jangkaan.

Nizar dan isteri Datin Seri Fatimah Taat telah meluangkan masa selama lebih tiga jam untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Tetamu bagaimanapun telah mula berbondong-bondong datang mulai jam 1 petang lagi.

Pelbagai juadah disajikan termasuk satey, kuetiaw dan cendol. Nizar yang kelihatan berbaju Melayu warna jingga bersungguh-sungguh tanpa jemu dan keletihan melayani tetamu, manakala Datin Seri kelihatan turut melayani kanak-kanak yang menghulur tangan bersalaman dan tersenyum menerima angpau.

Kesesakan lalulintas jelas kelihatan ekoran kunjungan sebegitu ramai bukan sahaja di luar kediaman, malahan di dalam kawasan kediaman. Keadaan bagaimanapun terkawal.

Antara tetamu kenamaan yang kelihatan ialah barisan pimpinan DAP Encik Lim Kit Siang, exco Sdr Jamaludin Radzi, Adun Titi Serong Drs Idham Lim dan Speaker, Encik Sivakumar.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .