Ikuti Blog ini

Amanat Pesuruhjaya Pas Pahang

Dato’ Tuan Brahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap ahli jawatankuasa Pas Pusat mengingatkan agar ahli Pas sama ada di Pahang atau di seluruh Negara agar berhati-hati membuat kenyataan di media atau di blog agar tidak menyalahi disiplin berjemaah dan mendedahkan jemaah kepada musuh perjuangan Islam.

Beliau mengatakan sedemikian sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program Konvensyen Tarbiyyah Pas Pahang di Jerantut semalam. Menurutnya lagi, sebarang keraguan atau pendapat hendaklah disampaikan mengikut saluran yang telah sedia ada sama ada melalui Pas Kawasan,Badan Perhubungan dan merujuk kepada Pas Pusat sendiri.

Pemain media atau para blogger hendaklah bertanggungjawab dengan disiplin parti dan semangat berjemaah.Menurutnya kejayaan PR setakat ini amat dicemburui oleh mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan oportunis dalam memonopoli Sesuatu isu.

Pas tidak sama seperti parti lain yang mengabaikan aspek tarbiyyah dan semangat amal jama’i dalam berpolitik.Kerana itulah Pas sentiasa berkomitmen tinggi dalam menyusun organisasinya secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat perjuangan parti.Kerana itulah penyebaran maklumat yang tepat dan berbetulan dengan perjalanan sesuatu isu amatlah dituntut agar para ahli dan rakyat tidak terkeliru.

Program sehari itu turut dihadiri oleh Dato, Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Mereka masing-masing diundang khas bagi membentangkan kertas kerja yang bermatlamat ke arah memperkasakan fikrah haraki di kalangan pemimpin dan ahli di seluruh peringkat.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .