Ikuti Blog ini

Kuasa perubahan di tangan PAS?

 Sejauh mana kuasa dan pengaruh PAS dalam membentuk kerajaan persekutuan.. PAS kemaruk kuasakah, kenapa PAS tidak bersetuju dengan PKR dan rakan parti lain dalam membentuk kerajaan ?. Apakah kata-kata setiausaha agung PAS Sdr Nasharuddin berhubung jumlah ahli YB Muslim dan non-muslim merupakan faktor utama kegagalan pembentukkan ini ?

PKR terkedu bilamana PAS tidak memberi kataputus untuk bersama membentuk kerajaan baru. Kerna apa? Kerna majoriti ahli yang nak berpaling tadah ialah non-muslim. Meskipun jangkaan ahli dalam PKR ada yang muslim tapi boleh percayakah mereka. Sejauhmana mereka komited, adakah lebih tertarik kepada Hidup Melayu dari Hidup Islam. Adakah akan ada lompat parti demi survival orang Melayu dan bukannya survival pegangan Islam yang dicari. PAS komited pada perjuangan Islam ..berbelahbahagi ? tidak, Bagi PAS, UMNO adalah orang Melayu Islam.. UmNo masih boleh ditarbiah, dakwah memainkan peranan utama..mungkin boleh kembali kepangkal jalan.


Kenyataannya, bagi PAS..jika pemerintahan kerajaan yang ingin dibentuk adalah 50% muslim dan 50% non-muslim, ianya merupakan satu asas yang kurang baik bagi menghidupkan negara bercirikan Islam di Malaysia. Ada pendapat adalah lebih baik bersatu dengan UmNo yang tentunya 100% Islam namun sikap UMnO yang banyak menindas serta kemaruk kuasa dan pangkat banyak mencacatkan ciri-ciri keislamannya. Dasar perkauman yang menebal dalam UMNO membuatkan ramai sahabat-sahabat non-muslim lari meninggalkan parti itu cuma kenyataan pemimpin atasan mengatakan tiada yang kurangnya dalam BN.

PAS boleh berbangga dengan kebanjiran ahli-ahli PAS non-muslim yang mempercayai sistem pemerintahan yang diamalkan selama ini. Cerita lanjut disini. Kuasa dan pangkat diketepikan, bukan harta yang dicari...zuhud dunia yang utama. Ciri-ciri ini diamalkan oleh pemimpin kita iaitu ada pada Tok Guru Nik Aziz dan Ayah Chik. Masih ada lagi pemimpin-pemimpin PAS yang lain membentuk peribadi sebegini..alhamdullilah. Kehidupan pemimpin sebeginilah yang rakyat mahukan, muslim memang sudah lama mengetahuinya dan kini non-muslim mula merasai kehidupan keperibadian yang tinggi terhadap pemimpin-pemimpin ini.

Iman, ilmu dan amal bersatu teguh, tanpa iman goyahlah hati maharajalelalah nafsu, itu yang timbulnya politik wang (rasuah yang sebenarnya). Tanpa iman dan ilmu pun tak berguna, ada iman ada ilmu tapi tak guna, tak disebarkan ibarat pekasam dalam tempayan, simpan bertahun-tahun tak makan sampai berkulat sapa yang rugi ? Dengan adanya iman, adanya ilmu dan berbuat amal, insyallah inilah yang diamalkan dihampir semua markas PAS seluruh negara !

Konsep tarbiah kini sebaik-baiknya perlu diperluaskan kepada non-muslim, biarlah mereka memerhati dan mengkaji kehidupan dan kelembutan Islam tinggalkanlah sementara ciri-ciri Melayu itu, jangan takutkan mereka dengan perkauman, lihatlah akan keindahan Islam ..akhirnya nanti mereka akan menerima PAS atas satu wadah yang menjanjikan keadilan, kehormatan dan kesederhanaan.


Sokong atas dasar perjuangan Islam, bukan perkauman kerana webmaster percaya apabila Islam dimuliakan dan dipraktikkan, Melayu akan dihormati !



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .