Ikuti Blog ini

Raja Petra bebas ISA

KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.raja petra court case 060508 04
Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.

Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.

Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalm penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun.

Barisan peguam yang mewakili Raja Petra ialah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah.

Manakala peguam pihak pendawaan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad

Ketika ini keluarganya masih menunggu di perkarangan mahkamah bagi menunggu Raja Petra yang dijangka tiba pukul 3 petang dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .