Ikuti Blog ini

Buruk Siku: Ahli Parlimen BN Paya Besar Rampas Semula Kerusi Roda Yang Telah Diperuntukkan Kepada Orang Kurang Upaya Di Felda Panching!!

KUANTAN - Para penduduk Felda Panching Utara dekat sini gempar apabila satu berita yang tidak sepatutnya di dengar berlaku di perkampungan itu baru-baru. Berita tersebut yang sungguh memalukan dan amat tidak wajar berlaku. Ini berkaitan dengan kes yang melibatkan seorang penduduk itu ditarik balik kemudahan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional tatkala mereka mendapat maklumat bahawa individu terbabit bukan menyokong UMNO dan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Isu ini timbul tatkala YB Manan, Ahli Parlimen Paya Besar mengarahkan anak-anak buahnya supaya "merampas" kembali "kerusi roda" yang telah diberikan kepada beliau sebelum ini. Kes ini melibatkan seorang penduduk iaitu Sulaiman Hitam, 69 tahun iaitu seorang peneroka di tanah rancangan felda terbabit. Menurut sumber, beliau kini mengalami masalah kesihatan dan juga merupakan orang kurang upaya. Beliau kini dipercayai terpaksa menggunakan pampers untuk membuang air besar sejak sekian lama.

Ahli Parlimen Paya Besar itu dipercayai telah memberi sumbangan "kerusi roda" terbabit kepada beliau dalam satu majlis yang diadakan oleh UMNO dan BN di kawasan terbabit baru-baru ini. Namun arahan itu telah ditarik balik apabila mereka mendapat maklumat bahawa penerima itu iaitu Encik Sulaiman Hitam adalah penyokong Pakatan Rakyat. Maka dengan kuasa yang ada YB terbabit mengarahkan puak-puak UMNO untuk "merampas" kembali kerusi roda tersebut. Ini amat mengecewakan dan memalukan bagi sebuah parti yang melaung-laungkan kononnya mereka "membela rakyat". Menurut anak mangsa, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, berkata "Bapa saya telah menderita akibat penyakitnya sekian lama, saya juga telah memohon banyak bantuan kepada kerajaan untuk kemudahan kerusi roda terbabit. Namun, saya amat terkejut apabila kerusi roda yang telah diberikan kepada ayah saya itu diambil balik, kerana mereka mengesyaki bapa saya penyokong pembangkang".

YB Azan (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang) dan Saudara Yusri (PAS), bergambar bersama dengan mangsa terbabit siang tadi

Dalam pada itu, krew kami yang sempat berada di lokasi terbabit amat terkejut tatkala melihat pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang) dan Saudara Yusri dari PAS yang telah menziarahi mangsa turut menghadiahkan sebuah "kerusi roda" kepada beliau. Kami difahamkan kerusi roda yang baru tersebut telah dihadiahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan. Kami sempat bertemu beliau selepas itu, menurut YB Azan beliau terpanggil untuk membantu kerana melihat perkara itu adalah masalah kemanusian. "Biarpun mangsa tidak berada dalam parlimen Indera Mahkota, namun saya terpanggil untuk membantu atas sifat kemanusiaan". Justeru itu, nampaknya kini terbuktilah bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah melakukan satu penindasan terhadap rakyat. Mereka hanya akan membantu para penyokong mereka sahaja dan membelakangkan rakyat yang berpihak kepada parti pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini.

Ini bukan kes Buruk Siku,
tapi kes Busuk hati.
Kalau benarlah cerita ini,
InsyaAllah lepas ni kita
tengok pulak, sapa nak bagi
kerusi roda kat Dato Manan,
kita bukannya selalu sihat...

Ingat apa terjadi pada Khair Toyo, selepas menghadiahkan penyapu, akhirnya Tuhan yg Maha Kuasa, dia hilang jawatan sebagai MB, siapa kita nak sombong sesama manusia.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .