Ikuti Blog ini

Tiga Isu Besar Masih Belum Selesai

http://buletinonline.net/images/stories/berita/datowanmajliskesyukuran.JPG
Kuala Terengganu – Kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan isyarat yang jelas kepada perubahan politik namun terdapat tiga isu besar khususnya untuk negeri Terengganu yang belum selesai.(Gambar - Dato' Wan Mutalib berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenagan di Pasir Panjang semalam)

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menyifatkan kemenangan PAS sebagai satu lambang kepada kata hati dan kebersamaan rakyat dengan PAS serta Pakatan Rakyat.

"kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat bersetuju dan menyokong saranan Pakatan Rakyat," katanya.

Namun menurutnya terdapat tiga isu besar yang masih lagi belum berjaya diselesaikan oleh BN.

"Isu pertama merupakan kes rampasan royalti yang menyebabkan rakyat hampa sejak lapan tahun lalu," ujarnya.

Selain itu katanya, isu kedua yang belum diselesaikan adalah menyentuh penderitaan rakyat Terengganu yang terbelenggu dengan kemiskinan akibat penyelewengan wang kerajaan negeri.

"Golongan miskin ini tidak mendapat pembelaan kerana wang royalti telah diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Mutalib berkata isu kemudahan awam juga menjadi fokus utama aspek kegagalan kerajaan BN Terengganu.

"Sebagai sebuah bandaraya, Kuala Terengganu tidak langsung mempunyai ciri-ciri sebuah bandar apabila kemudahan asas dan perhubungan tidak menepati kriteria sebuah bandaraya," ujarnya lagi

Sementara itu, kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan menjadi penanda aras atau indikator pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, indikator itu berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berhubung kemungkinan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

“Yang kedua, ia menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan yang perlu dimantapkan,” katanya, semalam kepada Sinar Harian.

Berhubung kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, beliau berkata, PAS akan melaksanakan analisis bagi mendapat laporan penuh berhubung perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan semua pemimpin pembangkang dalam memastikan gerak kerja menyeluruh dalam kempen parti sehingga membawa kejayaan dengan majoriti besar.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih-lebih lagi dapat menghubungi mereka secara terus sepanjang tempoh kempen,” katanya.



Kemenangan itu adalah anugerah atas kesabaran dan keulitan jiwa jihad mereka


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .