ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu.
''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini hari ini.
