Ikuti Blog ini

Sultan Serahkan Kepada MB Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong Keat Ping sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berhubung kes Wong kerana ia masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukannya dalam politik.

Katanya, sebagai Sultan Selangor, baginda berkecuali dalam hal ehwal politik.

"Baginda yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar dan percaya ia dibuat secara adil dan bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan dua halaman itu dikeluarkan selepas Menteri Besar menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu membabitkan Wong.

Diantaranya Setiausaha Sulit Sultan menyatakan:

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau. "

menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya

menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya... Ini baru betul,serat bulat-bulat pada MB membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.Bukannya membuat keputusan dengan membelakangi MB dan mengenepikan kepentingan rakyat.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .