Ikuti Blog ini

UMNO Yang Menghina Raja-raja Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/krisisumnoraja.jpg

Kuala Terengganu
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan UMNO mengadakan himpunan kononnya menunjukkan sokongan kepada sultan, yang akan diadakan di PWTC, pada 19 Februari depan.


“UMNO juga yang menghina sultan ! Dia (UMNO) yang menggubal perlembagaan yang merampas kuasa sultan, itu (himpunan) satu tindakan yang pura-pura, hipokrit,”katanya pada sidang media yang diadakan selepas Ceramah Dana Palestin, di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurutnya himpunan tersebut bukan sahaja mainan politik, malah lebih teruk dari itu, kerana rakyat sudah mengetahui ‘tembelang’ UMNO yang sebenarnya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak menyokong tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Karpal Singh yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri tersebut.

“Ya, PAS tidak menyokong (Karpal), itu tindakan peribadi (beliau), bukan sahaja PAS, bahkan seluruh Pakatan Rakyat mengatakan kita tidak mahu bertembung dengan Sultan,

“pertembungan kita dengan UMNO, dengan Barisan Nasional, kerana Sultan tidak berpolitik,”ujarnya ketika ditanya wartawan berkaitan perkata tersebut.

Mengulas tentang keadaan di negeri Perak, beliau berkata, rakyat akan menilai tindakan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Hj Mohammad Nizar Jamaludin yang bersetuju menyerahkan kembali kenderaan dan kediaman rasmi kepada kerajaan negeri.

“Itu satu tindakan yang dilihat oleh rakyat, rakyat akan menilai, menunjukkan bahawa kita (PAS) tidak gila kuasa, dan tidak tamak kuasa,

“kita mahu supaya kekuasaan dapat dengan cara sopan, kerana kita mengambil jawatan itu dengan sopan,” katanya yang menambah Haji Nizar tak minta jawatan, dimana kita (PAS) diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menunggu proses pilihanraya kecil yang akan diumumkan hari ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.

Katanya Pakatan rakyat akan bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut, dimana Parti Kedilan Rakyat (PKR) akan melatakkannya calonnya di Bukit Selambau dan PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil palimen Bukit Gantang.

“(berkenaan) calon, kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak,

setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan,

“tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah,”katanya apabila ditanya tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN yang mengharamkan ceramah di negeri Perak sebagai satu tindakan yang pengecut dan penakut.

“Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut, sedangkan dia (kerajaan UMNO-BN) mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah,


“itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju,”katanya.

Beliau menyeru kepada semua petugas dan penyokong Pakatan Rakyat agar menghadapi pilihanraya dengan baik dan bijak, sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau turut berpesan supaya menjaga tatatertib dalam pilihanraya kecil akan datang dan tidak melayan sebarang provokasi pihak lain.

“InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi, (yang cuba) untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini,


“jika ada sesuatu tindakan (yang tidak diingini) itu bukan daripada kita (PAS), (tapi) daripada pihak-pihak lain,”jelasnya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .