Ikuti Blog ini

ARTIKEL LUCU : MAHATHIR DAN ZAID, SIAPAKAH YANG TIDAK WARAS?

Dr Fikrah

Mahathir begitu marah dengan kenyataan Datuk Zaid yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Sehingga Mahathir menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Yang Dipertuan Agong tidak akan dengan kata-kata katak. Selain itu, Zaid juga dikatakan sebagai tidak waras kerana mengemukakan kenyataan tersebut.

Soalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, siapakah yang tidak waras, dan siapakah yang dikatakan sebagai “katak”? Jawapannya, sudah pasti mereka yang menyebelahi pandangan Zaid, akan mengatakan bahawa Mahathir adalah tidak waras, dan katak. Manakala mereka yang menyebelahi Mahathir pula, akan mengatakan bahawa Zaid adalah tidak waras dan katak.

Mari kita ukur dengan pandangan kita pula. Terdapat sebuah cerita lucu yang saya petik daripada sebuah akhbar...

Satu ketika, seorang pemimpin negara melawat Hospital Sakit Jiwa. Di dalam hospital tersebut, terdapat pelbagai kelakuan yang pelik, dilihat oleh pimpinan negara tersebut. Sampai di satu bilik, beliau terlihat seorang pesakit yang sedang memancing tanpa kail di dalam sebuah baldi. Dia terasa geli hati melihat gelagat pesakit jiwa tersebut, lalu bertanya “ikan apakah yang sedang engkau pancing?” Orang gila tersebut menjawab dengan penuh perasaan “Engkau sudah gilakah, mana ada ikan di dalam baldi ini!”

Cerita ini, menceritakan bahawa orang gila telah menuduh seorang pemimpin sebagai gila, kerana bertanya soalan yang tidak masuk akal. Siapa sebenarnya gila? Adakah pesakit atau pemimpin? Atau kedua-duanya gila, atau kedua-duanya tidak gila? Sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin kemukakan teori yang kedua, juga agak pelik.

“Orang gila tidak akan mengaku dia gila”

Saya bertanya semula, “orang yang waras pun tidak mengaku dia gila!” Jadi, siapakah yang gila sebenarnya?

Di dalam situasi yang sedang kita bincangkan hari ini, Mahathir telah menuduh “tidak waras” kepada Zaid adalah satu tuduhan yang agak memalukan dirinya sendiri. Seoalah-olah Mahathir tidak professional di dalam membuat kenyataan. Anda boleh baca sendiri kata-katanya yang terlalu kesat yang dilemparkan kepada Zaid.

Saya tidak menuduh sesiapun gila, sebaliknya, ingin menegur Mahathir supaya tidak menuduh orang “tidak waras”. Ini kerana Zaid adalah waras, dan dia dituduh tidak waras.. Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu tuduhan yang tidak berasas, dan tidak boleh digunapakai. Oleh itu, kata-kata Mahathir tersebut, langsung tidak boleh digunapakai.

Seperti pesakit jiwa tadi yang menuduh pemimpin tersebut sebagai gila, sedangkan dia mempunyai hujahnya untuk mengatakan pemimpin itu gila. Tetapi, Mahathir tidak punya bukti untuk mengesahkan ketidakwarasan Zaid. Jadi, adakah Mahathir lebih teruk daripada pesakit jiwa tadi? Saya tidak menuduhnya sebegitu, tetapi sekadar melontarkan sesuatu untuk dijadikan pengajaran bersama.

Selain itu, kenyataan Mahathir itu juga, adakala mencuit hati, apabila dia menyifatkan Zaid sebagai katak, dan Agong tidak akan mendengar kata-kata si katak. Tetapi yang saya peliknya, Mahathir mendengar kata-kata si katak dan mengambil perhatian pula dengannya. Tetapi, dia tidak membenarkan Agong berbuat sepertimana yang dilakukannya.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan kenyataan yang memalukan buat kali kedua dengan penggelaran “katak” itu. Sudah pasti, sekiranya terdapat seorang pesakit jiwa yang mendengar kata-kata tersebut sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang gila, kerana Zaid dan katak langsung tiada persamaan, tetapi Mahathir boleh menyamakannya! Sama seperti cerita tadi bukan?

Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil daripada artikel ini ialah, janganlah menuduh orang sembarangan atau menggelar dengan sesuka hati. Orang yang gila pun, mereka tetap makhluk Allah, bahkan mereka tidak berdosa disebabkan gila mereka. Katak juga makhluk Allah yang menjalankan amanahnya setiap hari, sekiranya katak sudah tidak menuruti perintah Allah, sudah pasti manusia pun akan menjadi makanan katak! Tetapi manusia lebih teruk daripada itu.

Salam Perjuangan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .