Ikuti Blog ini

Gambar dan peristiwa.

Calon PAS, Dato' Seri Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin berceramah di UPU Pekan Terong pada jam 10.00 malam. Dalam ceramah itu Beliau mengajak seluruh rakyat Bukit Gantang untuk menunaikan tanggung jawab untuk memilih beliau sebagai Ahli Parlimen bagi mewakili dan menyuarakan masalah rakyat. Katanya kemenangan di Bukit Gantang bukan sahaja memberi kesan kepada politik Perak tetapi seluruh Malaysia amnya. Hadir sama ialah ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Bercam, Yb.Sum Chiok Ling.

ADUN Titi Serong , Drs. Khalil Idham Lim, turut berceramah. Kata beliau usaha untuk memilih adalah sebahagian dari ibadah dalam Islam dan memilih calon dari PAS yakin lah akan diberikan ganjaran pahala. Yang penting katanya "mengundi calon PAS adalah mengelak dari menyokong BN yang melaksanakan kezaliman yang boleh menyebabkan kita disambar oleh api neraka".

Dato' Seri Nizar pada jam 5.30 petang berada di Kuala Terong dalam majlis Minum Petang bersama warga setempat dari pelbagai kaum. Beliau menerangkan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat selama 10 bulan memerintah Negeri perak. Hadir Sama ADUN Lubok Merbau, Hj. Mohd Zainuddin Yusof, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Bercham, Sum Chiok Ling.

Pelbagai bangsa dari kaum Melayu, Cina dan India yang hadir menunjukkan sokongan kepada calon PAS.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .