Ikuti Blog ini

PR Yakin Menang PRK Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai

CALON PRK P059 BUKIT GANTANG
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin

Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan memperoleh kejayaan dalam tiga pilihan raya kecil membabitkan Bukit Selambau, Kedah, Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai, Sarawak, 7 April ini.

Anwar berkata, walaupun pihaknya mendapat tentangan hebat daripada pelbagai sudut, namun hasil kerja kuat daripada semua pihak dalam PR diyakini kemenangan akan berpihak kepada mereka.

“Kami diserang daripada pelbagai sudut termasuk media arus perdana yang memainkan pelbagai isu terhadap PR, malah mereka ini berat sebelah kerana tidak melaporkan perkara sebenar.

“Ini tidak melemahkan semangat kami untuk terus berusaha dan meyakinkan rakyat. Kami juga tahu taktik digunakan mereka (Barisan Nasional) dan PR akan memberikan penerangan yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran buku Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim, di sini, semalam.

Buku yang bertajuk 'Kemilau Peribadi Nik Aziz', menceritakan perjalanan Menteri Besar berkenaan, manakala buka yang berjudul 'Saya Pun Melayu' memaparkan perjalanan hidup Zaid bermula dari kecil hingga dipecat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu Anwar berkata, beliau dimaklumkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berhubung peletakan jawatannya termasuk sebagai Exco.

“Saya telah dimaklumkan oleh beliau (Mohammad Fairus) mengenai peletakan ja:watan itu, dan memberitahu ingin menyambu:ngkan pelajarannya, serta mengekalkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penanti.

:“Mohammad Fairus juga memaklumkan bahawa media menyatakan ada masalah dalaman dan beliau menafikan, saya memberitahu agar memberikan jawapan yang tegas maka tidak ada pihak boleh mempermainkannya.

“Beliau akan tetap bertugas sebagai ADUN dan memberikan khidmatnya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad kepada rakyat di kawasannya, saya yakin dia dapat melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .