Ikuti Blog ini

Ungkapan Beri Betis Nak Peha Kepada Pakatan Rakyat Perak, Serlahkan Kedangkalan Si Rais Anak Yatim Berbicara Soal Undang-Undang !


Ungkapan "beri betis nak peha" yang disuarakan oleh Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO iaitu Rais Anak Yatim kepada Pakatan Rakyat Perak semalam, jelas sekali membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi pemimpin Melayu UMNO yang sudah "tidak waras" bila berkata-kata. Sememangnya Rais adalah satu-satunya anak yatim yang tidak layak untuk dihormati sebenarnya. Beliau bercakap hanya untuk "mengampu" dan "membodek" Najib Razak yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi. Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat sejak dulu, kini dan selamanya. Rasuah, bodek dan ampu adalah "darah daging" mereka dan terlalu sukar untuk dibenteras melainkan mereka kehilangan kuasa peringkat pusat suatu hari nanti.


Hanya rakyat yang bisa untuk melunturkan segala keegoaan puak-puak ini sebenarnya. Rais bercakap seperti orang yang langsung tidak belajar ilmu undang-undang dan perlembagaan. Kononnya beliau berpendapat tindakan Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin menyaman Kerajaan Negeri BN sekarang adalah sesuatu yang amat memalukan. Kononya MB Zambry telah dilantik secara sah oleh Sultan berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu. Walhal beliau lupa seluruh rakyat Perak tahu bahawa Sultan tiada hak untuk memecat Menteri Besar sebenarnya.


Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan menerusi tiga cara iaitu meletak jawatan, pembubaran DUN atau undi tidak percaya yang dilakukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Maka sekarang, ketiga-tiga elemen itu tidak berlaku sebenarnya. Ini bermakna Ir.Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah serta termaktub dalam undang-undang. Tidak timbul sebenarnya soal mengingkari titah Sultan Perak dalam hal ini.


Maka itu, kenapa manusia sebijak Rais Anak Yatim ini sanggup melemparkan tuduhan seperti itu, diketika kemelut politik Perak semakin parah kini. Beliau sepatutnya sedar akan apa yang disuarakannya itu didengari oleh seluruh rakyat. Bahkan semakin beliau bersuara soal undang-undang, maka semakin rakyat melihat kedangkalan serta kecetekan ilmu undang-undang dan perlembagaan yang dimilikinya itu. Justeru itulah, lebih elok Rais Anak Yatim berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal ini. Usahlahlah "membuka pekung di dada" ketika rakyat melihat beliau sebenarnya antara pemimpin UMNO yang boleh diharapkan untuk menjadi Pakar Rujuk Hal Ehwal Undang-Undang dan Perlembagaan kepada seluruh Rakyat Malaysia.


Rais satu-satunya "Anak Yatim" yang sanggup menyembah Pak Lah


[Melihat foto Rais Anak Yatim ketika menyembah dan mencium tangan Pak Lah itu, ternyata bahawa beliau memang antara pengampu dan pembodek dalam UMNO yang masih aktif. Maka itu, kita tidak hairanlah Rais mengiyakan "rampasan kuasa" yang dilakukan oleh Najib dan UMNO Perak terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di sana dulu. Rais seolah-olah buta mata dan hati untuk menilai segala apa yang berlaku di negeri itu. Sedangkan beliau sendiri tahu bagaimana rentetan proses rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu. Jika rakyat yang tidak sebijak Rais Anak Yatim boleh menilai perjananan insiden ini dengan "kepala otak" mereka, masakan "Anak Yatim" sebijak Rais ternyata gagal sebenarnya untuk berfikir secara lebih profesional dalam hal undang-undang ini].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .