Ikuti Blog ini

SPR Wajar Arahkan YB ADUN Kuala Nerang Letakkan Jawatan Kerana Pernah Menipu Kononnya Kes "Muflis" Beliau Itu Sudah Selesai !!

Nampaknya, harapan rakyat untuk melihat satu lagi pilihanraya kecil di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman masih samar-samar lagi. Ini berikutan tindakan ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim (foto) yang didakwa "muflis" tapi enggan melepaskan jawatannya itu. Agak mengejutkan juga bila seorang wakil rakyat yang jelas telah disabitkan dengan kesalahan itu, enggan mengosongkan kerusi tersebut.


Walhal, dalam peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri jelas membuktikan bahawa mana-mana calon pilihanraya yang didapati muflis tidak layak untuk bertanding. Maka itu apakah alasan lagi untuk membenarkan beliau masih mengekalkan jawatannya. Sepatutnya SPR sendiri perlu menghantar surat tunjuk sebab dan mengarahkan beliau melepaskan jawatan itu. Bayangkan jika ini berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat?. Sudah pasti sepantas kilat surat berkenaan akan dihantar kepada ADUN terbabit. Tapi kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Syed Sobri ini?.


Apa yang menarik, pada 16 November tahun lalu, beliau pernah mengaku sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu juga mengesahkan spekulasi pilihan raya kecil tidak timbul lagi kerana isu itu “kini hanya bersifat akademik kerana sudah ada penyelesaian.” Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya difahamkan soal muflis sudah selesai kerana kedua-dua pihak yang terbabit iaitu Syed Sobri dan bank telah mencari jalan penyelesaian. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi sahaja.


[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Datuk Syed Sobri telah secara jelas menipu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kononnya beliau sudah menyelesaikan masalah terbabit, walhal ia adalah sebaliknya. Syed Sobri adalah seorang yang kaya sebenarnya. Beliau merupakan Bekas Pengurus Besar Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Difahamkan, ketia kerajaan BN memerintah Kedah dulu, banyak projek PKNK telah diserah kan kepada Seri Temin.


Beliau juga cukup dikenali sebagai Syed 10%. Mempunyai beberapa orang isteri termasuk salah seorangnya berbangsa siam. Menurut maklumat, beliau pernah memiliki sebuah kereta Rollsroyce dan mempunyai sebuah kedai minyak Shell di pekan Pokok Sena. Semoga SPR peka dengan apa yang berlaku ini, dan tidak perlu tunggu beliau letak jawatan. Tindakan "muflis" itu membuktikan yang imej beliau sudah tercemar. Bagaimana persepsi rakyat jika orang yang muflis masih berkuasa?].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .