Ikuti Blog ini

JAIP halang solat hajat






JABATAN Agama Islam Perak (Jaip) dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehingga ke Subuh, pagi ini.

Menurut sebuah blog, pemudabesut.blogspot.com, arahan berkenaan telah diberikan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein malah dikatakan beberapa masjid di sekitar Ipoh turut menerima arahan yang sama.

Arahan berkenaan dikeluarkan bagi menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat yang dijadualkan akan diadakan di masjid Ittihadiyyah pagi ini.


FRU mula berkawal di sekitar Masjid Tg Hussin Manjoi

IPOH - Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.


Sembilan trak pasukan simpanan persekutuan (FRU) sedang menanti, sementara para petugas Unit Amal pula berkawal di sekitar masjid setakat jam 5.15 pagi.


Orang ramai yang cuba melintasi perkarangan masjid agak terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang mula menggerakkan kawalannya berhampiran lokasi solat hajat.


Pergerakan kenderaan bagaimanapun masih belum menampakkan sesak, hanya beberap bauh motorsikal dan kereta mundar mandir sekitar masjid berkenaan.


Kelibat pegwai cawangan khas kelihatan di beberapa kedai makan mahupun di tempat awam lain di sini.


Setakat ini Harakahdaily difahamkan, solat hajat akan diteruskan.Kelihatan AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohammad Ghazali bersama beberapa orang petugas PAS mula bergerak dari Markaz PAS Tungku Hussin menuju ke lokasi solat hajat.


Sementara perkembangan di beberapa masjid lain yang dikatakan ada kemungkinan akan menjadi lokasi ganti solat hajat pula masing masing masih terkunci rapi.


Sejak awal malam tadi, selesai solat isyak, Harakahdaily difahamkan kebanyakan masjid di Ipoh diarahkan untuk dikunci.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .