Ikuti Blog ini

Pengundi Sasaran Sudah Melebihi, Piagam Calon Dilancarkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/sidangmedia2805.jpgPENANTI – Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution berkata pihaknya telah pun melepasi sasaran jumlah pengundi yang diperlukan untuk menang dalam pilihanraya kecil N12 Dewan Undangan Negeri Penanti.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Pusat Media Yayasan Aman disini, petang ini.

“Kempen berjalan seperti biasa, kita telah melepasi sasaran pengundi untuk menang dalam pilihanraya ini,”katanya dalam sidang itu yang turut disertai calon PKR bagi DUN Penanti Dr. Mansor Othman.

Beliau turut melancarkan Piagam Calon PKR yang mengandungi 11 perkara berbentuk tindakan yang akan diambil oleh Dr.Mansor Othman sekiranya beliau dipilih menjadi wakil rakyat Penanti.


Ketika menerangkan Piagam tersebut, Dr. Mansor berkata ia adalah tindakan yang boleh diukur dan dinilai oleh rakyat.

Katanya ia juga merupakan janji yang akan dilaksanakan sekiranya rakyat memberikan mandate kepada beliau.

Piagam 11 perkara tersebut adalah seperti di bawah;

  1. Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.

  2. Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.

  3. Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti

  4. Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga

  5. Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.

  6. Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti

  7. Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.

  8. Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti

  9. Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat

  10. Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi

  11. Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .