Ikuti Blog ini

Telah lama Mohd Sabu menginfaq dan mewakafkan dirinya untuk perjuangan PAS. Selamat bertanding Timbalan Presiden!











Mohamad Sabu sarat dengan pengalaman ditangkap, ditahan, dilokap kerana menggerakkan kebangkitan rakyat menentang BN dan memilih PAS dan Pakatan Rakyat di negara ini sejak 25 tahun lalu. Keluar masuk lokap, balai polis dan mahkamah sudah menjadi aktiviti rutin beliau!

PENAHANAN tokoh karismatik PAS, Mohamad Sabu dan dibebaskan petang semalam dipercayai menguji keberaniannya sekali lagi seperti yang diungkapnya sehari sebelum itu pada sidang media di Pejabat Agung PAS di ibu negara, 4 Mei 2009.

Mohamad, yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan tidak sekali-kali menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan," tegasnya pada sidang media itu.

Apa yang dimaksudkan oleh Mohamad tidak diketahui tetapi umum melihat "keberanian" tokoh PAS itu sudah tidak boleh disangsi lagi apabila, sehari selepas sidang media itu beliau "diculik" dan "dilarikan" oleh polis berpakaian preman tanpa sempat menunjukkan waran dan memperkenalkan diri sebagai polis.

Mohamad yang sering memberitahu bahawa dirinya telah lama diinfaqkan kepada PAS, diwakafkan kepada parti Islam itu, sudah mangli dengan jatuh bangun dan tohmahan ahli-ahli, rakan taulan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, menentang Abu Bakar Chik tidak melihat kekalahan sebagai suatu kekecewaan tetapi sebaliknya beliau terus berada di sisi PAS dan mengempur dan menggempur BN. Pernah tewas merebut kerusi Naib Presiden dua kali berturut-turut sebelum menang. Kali ini, pencalonannya agak merata. Sudah lebih dari 20 pencalonan dan mereka mahu Mohamad duduk sebagai pembantu Presiden PAS.

Ahli dan penyokong PAS sememangnya terkejut dengan penahanan Mohamad oleh polis semalam. Beliau ditahan di Jalan Pahang Barat sewaktu minum bersama Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ali Maidin serta wartawan Harakah, Irwan Mohd Zain. Bagaimanapun, wartawan Siasah, Haris Zalkapli sempat merakamkan video pendek kejadian tersebut dan sudah dimuatkan pada blog penarikbeca.

Apakah penahanan ini memberi kesan dan simpati perwakilan terhadap beliau? Sudah banyak kes mahkamah yang dihadapi Mohamad sejak aktif bersama PAS, malah pernah ditahan ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lallang dan disumbat ke Kem Tahanan Kamunting selam
a dua tahun.

Namun Mohamad kelihatan kental, gigih dan berani dalam merayakan kehendak rakyat, golongan marhaen, serta keinginan masyarakat bukan Islam terhadap perjuangan PAS. Beliau menggempur dan menggempur di mana ada manusia, bagi melingkupkan BN.

Berbekalkan suara serak-serak basah, Mohamad muncul sebagai penceramah yang hebat, mampu menarik jumlah kehadiran pendengar hingga mencecah puluhan ribu. Malah ramai juga yang tertarik dengan PAS kerana minat dengan Mohamad bin Sabu. Malah beliau juga menjadi tonggak kepada Himpunan Bersih 100,000 Rakyat di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Beliau juga tonggak kepada gerakan melatari ibu kota dengan limpahan manusia Himpunan Bantah PPSMI yang mengejutkan Najib Tun Razak. Malah Julai depan, beliau akan menggerakkan lagi episod yang sama, Himpunan Bantah ISA 100,000 Rakyat. Akibat menyeru rakyat bermunajat kepada Allah, memakai tshirt berwarna hitam pada 7 Mei sebagai tanda berkabung "matinya demokrasi" di Perak maka beliau dikejar polis sebagai penjenayah. Inilah Mohamad Sabu yang menginfaqkan dirinya kepada PAS, baik dalam keadaan senang apatah lagi sewaktu susah.

PAS bakal menyaksikan perebutan sengit jawatan Timbalan Presidennya apabila seorang calonnya Mohamad Sabu bertegas enggan berundur walaupun kemungkinan diasak calon sepopular Datuk Husam Musa.

Selain Mohamad dan Husam; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga menawarkan diri bertanding jawatan penting itu.

Husam, exco kerajaan Kelantan dan naib presiden PAS, dianggap calon pilihan untuk jawatan tersebut - khususnya dalam sentimen aliran anti-muzakarah dengan Umno dan penentang idea kerajaan perpaduan dengan BN.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .