Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.
"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju."Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad dipetik berkata. (malaysiakini)
-----------------------------------------------------------------------------------------
(Beginilah nasib guru di Malaysia. Boleh ditendang ke sana dan ke sini. Boleh diugut, diancam, ditukar tempat kerja dan lain lagi. Kerapkali guru menjadi "kambing hitam" untuk apa sahaja isu yang berlaku di negara ini.
Kenapa gagal Matematik ? Guru tak tau ajar...
Kenapa pelajar membuli dan terbuli ? Guru tak bimbing...
Kenapa PPSMI tidak berjaya ? Guru tidak kuasai Bahasa Inggeris...
Guru mudah diugut. Guru mudah dipujuk...
"Jangan sokong pembangkang..nanti kena tindakan disiplin!"
"Jangan pakai kopiah putih ke sekolah!"
Dan seribu satu JANGAN dimasukkan ke dalam minda guru.
Maka menikuslah segala guru.
Guru Oh Guru...
Tapi, itu guru era lama.
Kita percaya guru alaf baru terbuka mindanya, terbuka hatinya, mantap aqidahnya, serta punya pendirian.
Era langit terbuka, segala maklumat mudah diperoleh.
Guru alaf baru tidak mudah diugut kerana kuasa memangkah ada pada tangan guru.
Guru alaf baru tidak mudah diancam kerana kuasa berfikir ada pada guru.
Guru alaf baru bebas membuat keputusan.
Guru alaf baru dapat kenal siapa benar siapa salah; yang mana haq dan yanag mana batil.
Kalau setakat ugut kalau tak pangkah BN, PIPP tak berjaya....he he..
PIPP sudah 4 tahun berlalu yop...(2006 - 2010)
Tahun depan habis dah. Apa yang kerajaan buat selama 4 tahun (2006-2009) ?)