Ikuti Blog ini

Haji Hadi Tak Pernah Sebut Pun Kerajaan Perpaduan Yang Kita Dok Berpolemik Pasai Apa?




ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu ghairah dengan cadangan kerajaan perpaduan sehingga terkeliru dengan maksud Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak.

Katanya, sepanjang pengetahuan beliau yang menghadiri Muktamar Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi tidak pernah menyebut mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, beliau sendiri belum pasti mengenai maksud sebenar Presiden Pas itu dan akan mendapatkan penjelasan mengenainya pada mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur, esok.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terburu-buru menyatakan pandangan sementara mendapat butiran yang jelas mengenai maksud Abdul Hadi.

“Presiden kata bahawa Pas sentiasa sedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Kita berunding dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dulu dengan UMNO. Tapi bentuk kerajaan perpaduan ke, tak perpaduan ke saya tak tahulah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

(Sumber: KedahLaNie)

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .