Ikuti Blog ini

Hakim benar Nizar kemuka rayuan



mohammad nizar jamaluddin and perakMahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisthiarkan Zambary Kadir sebagai pemimpin kerajaan negeri itu.


Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengejut itu pada Mei lalu walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau menghadapi usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Perak.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Nizar mempunyai satu lagi saluran perundangan untuk membolehkan beliau diangkat semula sebagai Menteri Besar sah dan memohon membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.

Pada sidang hari ini, panel tiga hakim berjanji untuk menetapkan perbicaraan seawal mungkin bagi membolehkan Nizar merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Bagaimanapun Nizar gagal mendapatkan perintah bagi menghalang Zambry daripada berfungsi sebagai Menteri Besar selagi Mahkamah Persekutuan tidak memberi keputusan berhubung isu dua Menteri Besar itu.

Peguam Nizar, Ambiga Srenevasan berkata Zambree telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat. Ini termasuk memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.

"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampong, tambah Ambiga.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun bersetuju dengan peguam Zambree bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambree .

Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.

Pada perbicaraan itu nanti, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambree sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

Penal hakim Mahkamah Persekutuan hari ini merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria and Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Seorang lagi peguam Nizar Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .