Ikuti Blog ini

PAS kuasai golongan belia di Manek Urai



Image

KUALA KRAI - Milik siapa Dun Manek Urai pada 14 Julai ini. Sukar untuk diramalkan, biar pun masing-masing mendakwa ada peluang untuk menang.


Mungkin petunjuk jelas dapat dilihat apabila parti yang bertanding pada pilihan raya kecil tersebut berjaya merebut hati golongan belia. Dan PAS dilihat lebih menguasai kelompok pengundi muda.


Ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, Ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.


Pada sebelah petang hari yang sama diadakan perlawanan bola sepak antara pasukan Belia Manek Urai (Belia MU) dengan Veteran Kelantan yang terdiri di kalangan bekas pemain Kelantan dan Malaysia.


Image

Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan Belia MU ketinggalan 0 -3 kepada Veteran Kelantan. Padang kampung Manek Urai Lama menjadi gelanggang mereka.


Di tempat yang sama juga berlangsung Karnival Pertanian Satu Ibadat. Program tambah meriah lagi dengan kehadiran bekas penyanyi rock, Renggo yang bertemu peminat.


Ramai penduduk tempatan hadir menyaksikan permainan yang menyeronokkan tersebut.


Lebih menarik lagi apabila setiap pemain Belia MU menerima hamper sumbangan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.


Sempena perlawanan itu juga pemain kedua-dua pasukan turut melepaskan belon yang bercetak lambang PAS sebagai simbolik kesediaan mereka mengekalkan kemenangan PAS di Manek Urai 14 Julai ini.


Turut hadir pada program tersebut anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.


Golongan belia merupakan 45.5 peratus atau 5,598 orang daripada 12,293 pengundi di Dun Manek Urai. Manakala pengundi berumur 40 - 59 tahun seramai 4,511 orang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .