Ikuti Blog ini

Penipuan Terancang Dalam Setiap Kali Pilihanraya, Pengerusi SPR Tidak Perlu Lagi Cuba Perbodohkan Rakyat Malaysia Buat Selamanya !!

Kisah pengundi hantu ini sebenarnya bukan sekadar cakap-cakap kosong semata-mata. Malah sudah beberapa kali dibuktikan dengan fakta dan banyak laporan telah dibuat oleh pihak yang berkenaan. Namun, dek kerana kuasa dan dipelihara oleh kerajaan UMNO dan BN maka pihak SPR masih terus bermaharajalela dan menipu rakyat. Mereka seolah-olah menganggap bahawa rakyat Malaysia bangang macam puak-puak UMNO itu sendiri. Ini berlaku dalam setiap kali pilihanraya di negara kita.

SPR sebenarnya jelas khianat kepada rakyat dan negara kita sendiri. Orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu pilihanraya yang adil dan telus iaitu SPR telah menipu, memutar belit, mengubah dan menambah fakta pengundi. Malah terdapat juga isu pengundi yang sudah beratus tahun hidup tapi masih ada dalam senarai daftar. Itu belum lagi termasuk nama-nama pengundi yang terlalu ramai mendiami sesebuah rumah. Kenyataan SPR begitu mudah, mungkin nama-nama itu pernah berdaftar di rumah tersebut sebelum penghuninya pindah. Masalahnya timbul ialah kes yang berlaku melibatkan rumah yang didiami oleh pemilik asal dan bukan rumah sewa. Kejadian penipuan SPR ini bermula sejak zaman Tan Sri Rashit lagi.

Selepas beliau meninggalkan SPR, kita sangka semuanya akan berakhir. Rupa-rupanya SPR bertambah teruk tatkala digantikan dengan Tan Sri Aziz. Kini pilihanraya kecil sudah menjadi seperti medan perang. Jika dulu polis digunakan, tetapi kini di Permatang Pasir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikerah ke sana.

Semua ini jelas sekali menakut-nakutkan rakyat. SPR bertanggungjawab untuk merencanakan agenda jahat ini. Apa yang penting ialah memastikan BN menang, biarpun atas kertas dan realitinya parti itu memang akan kalah. Justeru itulah, kita gusar jika masalah SPR ini tidak dapat dibendung maka bagaimanakah kita dapat menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?.

Cuba lihat kepada bukti penipuan SPR ini, apakah lagi alasan yang mahu diberikan agaknya? Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih. Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan.
Image
Bukti jelas, sila klik imej untuk besarkan gambar fakta SPR di atas
Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam DUN Santan di Parlimen Padang Besar. Bayangkan pengundi tersebut sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis. Malah, siasatan dilakukan di Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut. Bukankah ini penipuan jahat yang dilakukan oleh SPR.

Sebenarnya banyak kes yang dikesan tentang kes seperti ini. Soalnya, sampai bilakan ia akan terus berlaku?. Pakatan Rakyat perlu bertindak pantas untuk mendesak agar SPR berlaku adil dan telus dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Jika tidak, sudah pasti harapan baru untuk melihat kerajaan persekutuan bertukar tangan dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan berkecai jua akhirnya.

[Cerita penipuan SPR ini sebenarnya tidak perlu diselindungkan lagi, kerana mereka harus ingat bahawa ramai juga kakitangan SPR sendiri adalah penyokong Pakatan Rakyat. Begitu juga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri. Mereka inilah yang telah memberikan maklumat tentang penipuan terancang yang dilakukan oleh SPR. Malah mereka dipaksa untuk melakukan kerja jahat itu termasuk hingga mengeluarkan kad pengenalan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam setiap kali pilihanraya.

Kes ini jelas berlaku di Sabah, hingga menyebabkan pendatang asing begitu ramai sekali menetap di negeri itu tanpa sekatan dan halangan. Kejahatan SPR ini perlulah dibendung dengan segera jika kita mahu melihat amalan demokrasi tetap subur buat selama-lamanya di negara kita. selagi SPR berkompromi dengan kerajaan UMNO dan BN, maka selagi itulah harapan akan tinggal kenangan buat selamanya].

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .