Ikuti Blog ini

Isu Royalti; Ada Kecenderungan Kerajaan Pusat Tidak Akan Bayar

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/retorikaroyalti.jpg- PAS Cadang gerakkan rakyat tuntut bayaran sepenuhnya
KUALA TERENGGANU
Penyerahan kembali wang royalti petroleum kepangkuan negeri Terengganu sebagaimana di hebohkan sebelum ini adalah satu retorik dan merupakan publisiti politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sehingga kini, kerajaan Terengganu masih belum menerima wang tersebut, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Malah, dalam rundingan dengan kerajaan pusat, ada kecenderungan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pusat tidak mahu mengembalikan bayaran wang royalti sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu

(Gambar - serahan wang royalti pada 13 Disember tahun lalu hanya satu retorika dan publisiti politik murahan)

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata bayaran royalti lewat dan masih tidak dibayar kepada kerajaan dan rakyat Terengganu kerana wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan Persekutuan.

Setelah dibelanjakan, katanya, kemungkinan wang tersebut sudah tidak ada, dan sukar untuk kerajaan Persekutuan membayarnya semula.

”Sebab itu saya dengar (apa yang dibelanjakan untuk pembangunan) di lapangan terbang (Sultan Mahmud) dan (perbelanjaan yang digunakan) untuk menambak pantai, dia (kerajaan pusat) tidak mahu bayar,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uht3.jpg”bagi saya ini usaha Umno Pusat, kerajaan Pusat sendiri (yang) menindas kerajaan negeri Terengganu,”katanya.

Dalam isu yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendesak kerajaan Pusat supaya menyelesaikan isu royalti tersebut dengan kadar segera.

”Kita (PAS) mahu memberikan penekanan supaya balik (kembalikan) semula royalti (sepenuhnya) pada bulan sembilan (September) ini,

”yang kedua, pastikan jumlah RM8 bilion (yang telah digunakan kerajaan Pusat) dapat balik, pasal sekarang ada kecenderungan (kerajaan Pusat) nak potong itu, nak potong ini, macam-macam nak potong, tidak mahu bayar sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau ketika dihubungi semalam, mengulangi pendirian tegas sebagaimana yang diucapkannya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangn Negeri Terengganu 26 Ogos lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/wahid4.jpg”Kita akan mendesak, kerana itu hak negeri, kita ada maruah dan kita ada harga diri dan pengkhianatan itu dilakukan sewaktu kita (PAS) memerintah,”jelasnya.

Menururtnya PAS menuntut isu royalti diselesaikan atas kepentingan seluruh rakyat Terengganu yang telah dizalimi dari dulu hingga sekarang.

Katanya, atas perjanjian (Akta Petroleum 1974) yang sama, Sabah dan sarawak mendapat bayaran royalti sepenuhnya, sedangkan hak rakyat Terengganu dinafikan.

Beliau turut mempertikaikan mengapa wang tersebut digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membiayai perbelanjaan negeri lain, dan rakyat Terengganu tidak mendapat faedah secara langsung dari penggunaan wang tersebut.

”Dan orang lain guna duit kita untuk belanja, benda-benda bukan untuk manfaat rakyat negeri,

”tambah pula hok (yang) dia bagi (beri) kat negeri itu pun, buat benda-benda yang rakyat tak dapat faedah secara langsung, sehinggakan sana runtuh, sini bocor.....,”tegas ADUN Wakaf Mempelam itu.

Apabila ditanya, apakah tindakan khusus yang akan diambil oleh PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Wahid selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu, berkata, beliau akan terus menimbulkan isu royalti tersebut di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan Pusat masih berkeras dan tidak mahu menyelesaikan isu berkaitan sepenuhnya, PAS akan menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya.

”Atas nama (Ahli) Parlimen saya akan teruskan membawa (isu ini) ke parlimen kerana (kalau hendak diharapkan) anggota parlimen Barisan Nasional (dari Terengganu), mereka tidak (pernah) sebut pun hal royalti, pasal mereka tahu ini pengkhianatan mereka daripada awal,

”Kita (PAS) akan tengok sampai bila, kalau tidak bagi lagi mungkin akan gerakkan rakyat Terengganu untuk satu demonstrasi dalam menuntut kerajaan Pusat untuk mempastikan royalti itu diberi balik,”tambahnya

Sehingga kini, Wahid telah mengemukakan tiga usul berkenaan royalti minyak Terengganu ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Mutakhir, pada 25 Ogos lalu, beliau memohon dibawah Fasal 30 supaya Dewan ditangguhkan bagi membincangkan ’Status Terkini Royalti Petroleum Terengganu’ kerana ia adalah perkara yang mustahak bagi orang ramai.

Usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, tanpa alasan yang konkrit.






http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/usulwahid.jpg
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .