Ikuti Blog ini

Gambar Sekitar Tragedi Sk Kuala Dipang


Semalam merupakan hari kedua tragedi jambatan runtuh yang berlaku di Sk Kuala Dipang Kampar.

Sekitar jam 3.30 Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin tiba di sana bagi melihat sendiri apa yang berlaku pada kejadian semalam.

Kehadiran beliau disusuli dengan ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.

Dato Seri yang ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan bahawa ia bukan berpunca dari bahan yang digunakan akan tetapi dari faktor pembinaan yang mempunyai kepincangan dari segi struktur binaan.

Pada sebelah petangnya pula telah berangkat hadir Raja Muda Perak Tuanku Nazrin ke tempat kejadian.

Ketibaan beliau disambut oleh rakyat yang hadir dan turut sama menyambut kedatangan Tuanku ialah Dato Seri Nizar yang bersama-sama mengiringi Tuanku Raja Muda ke lokasi kejadian.

Turut sama hadir ialah Datin Seri Wan Azizah ke kawasan tragedi.

Selesai disana Dato Seri Nizar melawat pula ke khemah unit penyelamat yang terdiri daripada anggota Unit Amal yang mana salah satu kejayaan penemuan mayat mangsa yang pertama pagi semalam ialah atas usaha unit Amal.

Selesai itu Dato Seri Ir Hj Nizar meluangkan masa pula ke rumah mangsa pertama di Mambang Di Awan.

Beliau turut menyatakan kesedihannya atas apa yang berlaku terhadap keluarga mangsa.

Dato Seri juga berdoa dan mengharapkan agar kedua-dua mangsa yang masih hilang ditemui.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .