Ikuti Blog ini

Nizar atau Zambry : Apa keputusan Mahkamah Persekutuan nanti?

Kes pertikaian berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah akan di dengar pada 5 November 2009 di Mahkamah Persekutuan Putra Jaya. Berikut adalah kronologi kes tersebut:

Pada 11 Mei, 2009 : Jam 4.30 ptg. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar terpaksa menunggu selama 87 hari untuk mendapatkan pengisytiharan tersebut dari Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar yang sah.

Pada 12 Me, 2009 : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Cuba fikirkan , tidakkah begitu pelik Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan yang begitu mendadak hanya dalam selang beberapa jam sahaja?

Pada 13 Mei, 2009 : Mohammad Nizar membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu .Mahkamah Rayuan yang sepatutnya memberikan keputusannya pada Isnin ,18 Mei lalu menangguhkannya ke 21 Mei, 2009. Ajaib bukan? Yang paling ajaibnya ialah, tiada alasan bertulis sehingga kini diberikan oleh Mahkamah Rayuan tatkala menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi hari itu.

Pada 21 Mei, 2009 : Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada 9 Julai, 2009 : Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan.

Pada 3 Sept. 2009 : Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan melalui faks kepada firma peguam Nizar bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh 5 November depan untuk mendengar kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Pada 5 Nov. 2009 : Wow! Ogos, September , Oktober dan November! Empat bulan DS Nizar terpaksa menunggu permohonan rayuannya yang difailkan pada 9 Julai lalu.....Itu pun entah lah kalau tidak ditunda pula!

Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambree sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Sementara itu pula, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .