Ikuti Blog ini

Bubar DUN Perak makin hampir.


Setengah Juta Penduduk Perak Belum Daftar Sebagai Pemilih

IPOH, 16 Dis (Bernama) -- Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut adalah berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

Katanya mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," kata Ahmad Adli kepada pemberita pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di sini Rabu.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minima melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .