Ikuti Blog ini

AdukaTaruna: Rais Yatim Terpaksa Menyelamatkan Maruah UMNO

Rais Yatim lebih lama dan senior dalam politik berbanding dengan blogger-blogger UMNO seperti Parpukari, PapaGomo, RuangBicaraFaizal, DarulEhsanToday dan sebagainya. Rais Yatim tahu bahawa isu Aduka Taruna ini hanya akan menikam UMNO lebih dari diri Aduka sendiri.

Maka Rais Yatim terpaksa mengeluar kenyataan bahawa tiada tindakan kepada Aduka Taruna sekiranya beliau meminta maaf secara terbuka. (Dan Aduka Taruna telahpun meminta maaf secara terbuka)

Rais Yatim belajar dari insiden Rampasan Kuasa Haram di Perak. Sewaktu bermula insiden tersebut, parti-parti Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Malangnya, apabila isu tersebut digunakan, timbul balik semua sejarah UMNO menderhaka kepada Raja2 Melayu.

Ini kerana tidak sampai setahun yang lepas rakyat melihat juak-juak UMNO memanggil Raja Terengganu dengan perkataan “Binatang” secara terbuka. Dan pada waktu itu tiada siapa yang ditangkap polis. Bukit Aman dan Ketua Polis Negara tidak menubuhkan apa-apa pasukan penyiasat khas bagi menyiasat siapa di belakang banner yang menghina Tuanku Sultan Terengganu itu.

ORANG LAGI BENCI HIPOKRIT

Rais Yatim sedar, sekiranya isu ini terus berjalan, maka UMNO akan lebih teruk dibenci oleh rakyat Malaysia secara umum. Walaupun ramai yang marah dengan Aduka kerana menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sesuai dengan kedudukan Raja2 Melayu, tapi akan lebih ramai orang yang menjadi benci dengan UMNO kerana sikap hipokrit dan mengata dulang paku serpih mereka.

Blogger2 UMNO seperti Parpukari dan Papa Gomo sebenarnya telah MENGUNTUNGKAN PAS dan Pakatan Rakyat. Lebih lama isu Aduka ini berjalan, lebih ramai orang akan sedar betapa hipokritnya UMNO.

Blogger2 UMNO ini semuanya mereka yang tidak bijak dan rendah IQ. Mereka tak sedar mereka bekerja untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka juga tidak sedar bahawa Aduka Taruna tiada kena mengena dengan PAS. Lain kali buat kajian dulu, boleh tak?

Bagi saya, apa yang Aduka Taruna telah lakukan adalah pengorbanan beliau untuk memenangkan PAS dan PKR. Selagi beliau terus memainkan isu ini, selagi itu laba dan keuntungan akan pergi kepada PAS dan PR.

Mudah cerita, Rais Yatim sedar perkara ini dan Rais Yatim sedar isu Aduka ini tidak menguntungkan UMNO malahan merugikan.

Maka, Rais Yatim mahu menutup isu ini secepat mungkin. Lain kali, jangan lah ikut kerenah-kerenah blogger UMNO yang lemah IQ itu.

Tulang Besi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .