Ikuti Blog ini

Bola, Dinner, Parlimen Parit - Dato’ Seri Nizar

Manjung - Sebagai President PAFA, Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi turun ke padang menonton perlawanan bola sepak Piala President PAFA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Perlawanan antara Ipoh B yang diwakili oleh PCRC (Perak Chinese Recreation Club) melawan pasukan Daerah Manjung itu berlangsung seperti yang dirancang walaupun keadaan kawasan sekitar Manjung dikatakan hujan dengan lebat. Dato’ Seri Nizar dengan bantuan Pusat Khidmat beliau telah menyumbangkan jaring untuk tiang gol kepada Persatuan Bolasepak Daerah Manjung. Jaring tersebut adalah untuk kegunaan di padang rasmi mereka di Padang Astaka, Manjung.

Setelah beramah-mesra dengan pemain dan juga petugas, Dato’ Seri Nizar dibawa untuk minum petang bersama petugas-petugas Pusat Khidmat beliau di sebuah restoran dalam kawansan Manjung. Beliau juga berpeluang beramah-mesra dengan pengunjung di restoran tersebut.

Sesudah solat Maghrib di Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Wangi, beliau bergegas ke Majlis Makan Malam Anjuran DAP di Dewan Kutien Ayer Tawar. Seramai lebih 1000 orang menghadiri jamuan makan malam tersebut. Dalam ucapan beliau ketika itu, beliau menyatakan kekesalan terhadap pengalihan isu oleh UMNO dengan kalimah Allah sedangkan isu yang lebih penting seperti kehilangan enjin kapal terbang dan kematian Teoh Beng Hong masih belum lagi selesaikan.

Dalam majlis yang sama juga, Datuk Ngeh Koo Ham selaku Ahli Parlimen Beruas dan YB Nga Kor Ming sebagai Adun Pantai Remis menyampaikan beberapa sumbangan kepada beberapa sekolah Tamil sekitar Ayer Tawar dan juga orang-orang miskin di kawasan ini.

Selesai ucapan Dato’ Seri di Ayer Tawar, beliau kemudiannya bergegas ke Kampung Acheh untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat beliau di dewan Tokong Seng Huat Soo Kong.

Acara terakhir beliau pada hari ini disudahi dengan ceramah di Markaz PAS Titi Gantong. Acara ini adalah bersempena dengan mengingati nostalgia Parlimen Parit ketika pilihan raya Umum tahun 1999.

Kejayaan `paling manis’ bagi PAS pada pilihan raya umum 1999, apabila calon PAS, Ustaz Basir Mohammad Rahmat, berjaya `merampas’ kerusi Parlimen Parit dengan menewaskan Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub. Manakala kerusi DUN Belanja turut `dirampas’ daripada BN, apabila Dr Faizol Fadzli Mohamad, menewaskan calon BN, Dato’ Zaim Abu Hassan. Dalam masa yang sama DUN Bota berjaya dimenangi oleh calon daripada PKR.

Mengenangkan kejayaan itu, Dato’ Seri Nizar menyeru kepada semua jentera pilihan raya Pakatan Rakyat khususnya di Parlimen Parit untuk berkerja dengan lebih kuat supaya dapat mengulangi kejayaan meraka pada tahun 1999 dahulu. Beliau juga menyeru rakyat di Bota agar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka dalam Parti yang penuh dengan rahsuah.

Kehadiran pada malam itu mencatatkan angka yang agak besar iaitu kira-kira 4000 orang. Majlis disudahi dengan penyampaian penghargaan kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang untuk menjayakan program pada malam itu.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .