Ikuti Blog ini

Hulu Selangor: Jadikan Pulai Chondong Sebagai Inspirasi

Syabas diucapkan kepada Pakatan Rakyat dan PKR kerana pemilihan calon yang begitu aman dan tenteram.

Berbanding BN yang riuh pikuk keadaannya semasa memilih calon, PKR dan PR memilih calon dengan begitu professional. Sedari mula lagi kriteria yang diutamakan adalah calon yang boleh menang.

Ertinya, segala perkiraan fraksi, geng atau kumpulan mana yang melobi sudah tidak menjadi perkiraan lagi. Sesiapa yang mahu melobi untuk seseorang calon harus membawa bukti yang calon mereka mampu menang dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Dari mula lagi, PAS dan DAP telah bersetuju untuk PKR mengekalkan kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja sudah nampak keharmonian dan pengutamaan dari segi mahu memenangi kerusi tersebut.

Dalam sebuk-sebuk berbincang, tiba-tiba wakil rakyat BN Sibu pula meninggal. Terus PR mesyuarat dan menyerahkan kerusi Sibu pada DAP. Ini bererti DAP akan ada masa yang amat lama untuk bersedia bagi PRK Sibu kelak.

Dari maklumat yang saya dapat pun, banyak nama yang dicadangkan bagi bertanding kerusi Hulu Selangor. Namun, oleh kerana kriteria menang diutamakan, maka masing-masing kumpulan takut untuk melobi lebih-lebih.

Ini kerana kalau hendak melobi, maka wajib mereka membawa BUKTI KUKUH dan SAINTIFIK.
Dan apabila keputusan Zaid sebagai calon diumumkan, kita tidak dengar komplen dari mana-mana pihak. Hakikatnya, semua pihak bersetuju dengan pilihan parti kerana pilihan tersebut adalah berdasarkan kajian semata-mata tanpa apa-apa sentiment pun. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan oleh PKR, Zaid adalah calon yang terbaik.
Tiada kena mengena dengan lobi atau kehendak mana-mana fraksi dalam parti. Yang penting ialah calon yang mampu memenangi kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja.

Ia mengingatkan saya kepada pemilihan calon PAS sewaktu pilihanraya kecil Pulai Chondong sekitar tahun 1997. Sewaktu itu S46 baru sahaja melompat keluar dari APU. Maka, apabila Tok Guru Nik Aziz mengumumkan calon adalah YB Zul, maka semua orang menerima calon tersebut dengan hati terbuka. Di saat itu, Tok Guru berkata, dia sudah tahu yang PAS akan memenangi kerusi Pulai Chondong kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh jentera PAS diperingkat Kawasan dan Cawangan.

Inshaalah ini tanda-tanda kemenangan bagi kita. Tapi, seperti Pulai Chondong, kita kena kerja KERAS. Pulai Chondong sepatutnya menjadi inspirasi kepada jentera Hulu Selangor kerana Pulai Chondong adalah kerusi yang PAS TIDAK PERNAH MENANG semenjak merdeka. Sehinggalah, pilihanraya kecil itu, PAS berjaya merampas kerusi tersebut dari S46/UMNO. Sejarah tercipta pada masa itu.

Kalau Pulai Chondong kita boleh menang, Hulu Selangor sepatutnya mudah sahaja untuk menang. Tapi,wajib kerja keras dan kerja lebih masa untuk menang. Tiada rehat sehingga SPR isytihar kerusi Hulu Selangor milik Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .