Ikuti Blog ini

Pelajar, guru MTT demo bantah zionis Israel

KUALA TERENGGANU, 3 Jun: Seramai 600 pelajar, kakitangan serta guru Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring mengadakan demonstrasi aman sebagai menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim zionis Israel.

Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar MTT, Ustaz Awang Ibrahim berkata, tindakan tentera rejim Yahudi yang membunuh sekurang-kurangnya 19 orang sukarelawan konvoi bantuan antarabangsa Gaza pagi Isnin lalu amat dikesali dan sewajarnya dikecam.

“Setiap orang Islam yang ada iman wajib membantah, marah dan tidak bersetuju dengan tindakan kejam rejim Israel itu dalam apa bentuk yang dibolehkan,” ujarnya.

Seorang guru, Ustaz Saiful Ambia Darusa berkata, umat Islam wajar didedahkan dengan isu-isu kezaliman zionis Yahudi Israel terhadap umat Islam terutama di Palestin.

“Kita (guru) mahu para pelajar di sini (MTT) yang 100 peratus Islam tahu tentang kezaliman tentera Israel dan zionis Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.

“Kami bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia menyokong bantahan terhadap kezaliman dan keganasan rejim Yahudi Israel itu,” tegasnya.

Bagi pelajar, Nur Syazwana Abirerah, 15, zionis Israel adalah penjenayah dan perlu ditentang oleh dunia sejagat.

Katanya, umat Islam tidak boleh sama sekali menerima tindakan ganas dan kejam Yahudi Israel kepada sukarelawan yang tidak bersenjata yang mahu membantu umat Islam di Palestin.

Tambahnya, selemah-lemah iman bagi orang Islam adalah membenci di dalam hati terhadap apa juga bentuk kezaliman. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .