Ikuti Blog ini

BERSIH 2007: Polis, kerajaan disaman RM2 juta

Seorang penjaja yang memerhatikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan atas kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.

Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun.

Peguamnya, Fadial N Fikri berkata tanggungjawab kerajaan dan polis adalah melindungi rakyat dan bukannya menggunakan kekerasan dan bertindak secara arbitrari semasa menjalankan tugas.

Pada perhimpunan besar-besaran 2007 di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .