Ikuti Blog ini

Kita tidak akan berundur walaupun selangkah ke belakang!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/IMG_7860.JPG- Kata Dato' Ustaz Harun Taib
KUALA TERENGGANU
- PAS nekad berusaha untuk mencapai kemenangan dan memerintah Malaysia dan Terengganu khususnya, dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib menegaskan demikian ketika berucap merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, disini, Sabtu 31 Julai.

"Saudara-saudara yang hadir pada hari ini saya rasa adalah terdiri daripada yang telah menandatangani perjanjian, satu perjanjian dengan diri sendiri. bahawa kita tidak akan berundur walaupun selangkah ke belakang.

"kita akan terus maju ke hadapan untuk mempastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam PRU yang ke 13 ini. Insya-Allah,"tegasnya
.
Oleh itu menurutnya, adalah amat penting bagi semua ahli dan penyokong PAS untuk bekerja bersungguh-sungguh.

"Kita (perlu) bekerja, bilangan penting juga tapi tak sepenting kerja. Kalau bilangannya seramai ini, balik menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing menggempur masyarakat. mengajak masyarakat memahami islam dan berjuang untuk Islam,

"Insya-Allah pilihanraya yang k-13 ini kita akan dapat (menang), kalau dengan izin Allah SWT,"ujarnya.

Beliau turut menglu-alukan, Yang Berhormat Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang akan menyampaikan ucaputama dalam program Munaqasyah yang diaturkan.

Walaupun baru pulih dari keuzuran, Ustaz Harun sentiasa bersemangat 'muda' serta mengingatkan supaya sentiasa bersemangat tinggi dan menggempur semangat anak muda untuk terus bekerja.

"Saya rasa saya baru berundur daripada jawatan ketua pemuda, jadi biasanya orang dari pemuda ini semangatnya masih tinggi, ramai antara hadir hari ni pun di kalangan pemuda.

"kita harap kita dapat menggempur semangat anak-anak muda, (dan) kita terus bekerja, sama ada menang ataupun syahid,"katanya.

Beliau yang juga, Ketua Dewan Ulamak PAS memetik kata-kata pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, as-Syahid Hassan Al-Banna tentang perjuangan menentang Israel.

"Orang yang semangat terhadap perjuangan islam ini ramai, menyokong pun ramai jugak, tapi yang bekerja keras kurang bilangannya. yang bekerja, tetap semakin kurang. yang sanggup berkorban kerana Allah SWT. lebih kurang lagi bilangannya,

"jadi oleh sebab itu, pernah Hassan al-Banna berkata; kalau dia boleh 313 orang angka Badar di Mesir, terdapat pejuang-pejuang Islam yang sanggup berkorban seramai 313 orang iaitu angka Badar,

"dia (Hassan al-Banna) sanggup merempuh dan menyerang Israel walaupun dengan tidak ada senjata yang canggih,"kata Ustaz Harun lagi.

Justeru, beliau berkata, InsyaAllah, dengan anggota kita pada hari ini, kita akan terus maju ke depan menentang Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang secara khusus di negeri Terengganu.

"Negeri terengganu ini memang (sentiasa) kerja (dan)kedudukan PAS sentiasa kuat tetapi bilangannya tak cukup, "jadi kewajipan kita mencukupkan bilangan pemuda sehingga kita lebih satu daripada Barisan Nasional,"katanya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .