Ikuti Blog ini

PAS DAKWA PEMUDA UMNO LEMBAB

Ekoran kempen bagi memastikan hak pengguna jalanraya mendapat pembelaan, PAS dan PR Perak misalnya telah melaksanakan bantuan memberikan bantuan guman kepada pengguna jalanraya yang di saman "ekor" dalam operasi yang dianggap sebagai untuk mencari wang dengan menekan penguna jalanraya khasnya rakyat.

Ekoran dari kempen tersebut, kerajaan telah mula mengendur dengan cuba menilai semula kes saman ekor. Dalam untuk mencari satu publisiti murahan, pemuda umno cuba menjadi juara dengan turut menyertai kempen dan hanya kedengaran selepas Pakatan mula mempersoalkan tindakan kerajaan. Ini seperti cuba menangguk di air keruh dari apa yang di jelaskan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Beliau seterusnya mendakwa bahawa pemuda Umno berkempen hanya setelah PAS dan PR menyuarakan isu tersebut sejak sebulan lalu dan menyatakan bahawa tindakan pemuda Umno begitu lembab dan berkepentingan politik hanya untuk meraih simpati rakyat, padahal PAS telah memulakannya sebulan lalu lagi.Mungkin menyedari bahawa kempen ini berkesan , maka pemuda umno yang kekurangan idea mula melihat ianya sebagai satu isu yang harus diketengahkan walau pun meniru idea Pakatan Rakyat yang kehadapan dalam membantu rakyat.

Ramai yang terkejut dengan kes saman ekor, ekoran ada mangsa yang dikenakan saman ekor sehingga rm3000 ke rm 5000 walau didapati bahawa had kelajuan yang di lepasi ketika memandu boleh dimaafkan dan di pertimbangkan.

Ekoran isu tersebut, Datuk Mahfuz menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat khasnya PAS akan meneruskan kempen dan tidak akan bekerjasama dengan kempen dari pemuda Umno.Ekoran pengguna jalanraya yang tidak mampu untuk menghidupkan cukai jalanraya kerana terlalu banyak beban kewangan yang perlu di bayar, ramai penguna jalanraya tidak memperbahrui cukai jalan dan menurut beliau lagi tindakan ini memberikan kesan yang nyata kepada pendapatan kerajaan sendiri.


GAMBAR DAN PETIKAN DI BAWAH DARI M'KINI


"Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan," kata beliau yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat," soalnya.

Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum membantah saman jenis itu kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .