Ikuti Blog ini

Masih Ada Yang Sayang; 80 Anak Yatim Parlimen Hulu Terengganu diraikan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/DSC_0008.JPGMARANG - Lapan puluh orang anak yatim dalam kawasan Parlimen Hulu Terengganu akan menyambut Eidul Fitri pada tahun ini dengan berpaikaian serba baru apabila mereka dibantu oleh Unit Amal dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu.

Program 'Masih Ada Yang Sayang' anjuran kedua-dua sayap PAS tersebut telah meraikan anak-anak yatim bermula tengah hari semalam, 4 September, sehingga waktu berbuka puasa.

Setiausaha PAS Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, program tersebut bermula dengan taklimat dan solat zohor di pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu diikuti dengan membeli pakaian raya mereka di bandar Kuala Berang.

"Anak-anak yatim peringkat Parlimen Hulu Terengganu seramai 80 orang diraikan sejak tengah hari dengan taklimat dan solat zohor, kemudian mereka dibawa ke bandar Kuala Berang untuk dibelikan pakaian raya,"katanya kepada Buletinonline.

Menurutnya, selepas membeli belah, anak-anak yatim dibawa menunaikan solat asar di masjid Sultan Mahmud dan berbuka bersama pimpinan PAS kawasan di sebuah restoran, dekat sini.
http://buletinonline.net/images/stories/berita32/DSC_0011.JPG
Katanya, program dilanjutkan dengan solat Maghrib dan Tarawikh di masjid Rhusila, sebelum mereka pulang dengan dibekalkan kuih muih, juadah hari raya.

Turut meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib dan beberapa pimpinan PAS kawasan Hulu Terengganu termasuk Timbalan Yang Dipertua Ustaz Ismail Osman, Ustaz Razki (Naib) dan Ketua Pemuda, Ustaz kamarizaman Abdullah.

Haji Muhyidin yang juga Bendahari PAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada para muhsinin yang memberikan sumbangan samada berbentuk wang atau barangan.

"Ia menggambarkan keyakinan masyarakat kepada PAS dalam menguruskan kerja kebajikan dan kemasyarakatan,"tambahnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .