Ikuti Blog ini

PAS Berbuka Puasa Bersama 700 anak yatim

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/amalpgadgbaru.JPGKUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbuka puasa bersama 700 anak yatim dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, 2 September

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Yayasan Amal Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ditubuhkan 10 tahun lalu bagi menyelaraskan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. dalam negeri dan peringkat antarabangsa.

“Yayasan Amal Malaysia ditubuhkan untuk menjadi penyelaras bagi menganjur dan mengatur bantuan ini dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini (peranan) bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat negara dan peringkat antarabangsa yang dimainkan oleh Yayasan Amal Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam seluruhnya mengambil peluang melakukan amalan kebajikan pada bulan Ramadan ini.|

Katanya, amalan kebajikan yang dilakukan di bulan Ramadan menjadi saham dan bekalan di hari akhirat kelak.

“Marilah mereka (umat Islam) yang berada (kaya) mengambil peluang ini memberi sumbangan disamping mereka menyumbangkan saham-saham perniagaan mereka, pelaburan mereka untuk menambah harta di dunia.

“Dan dalam masa yang sama tambah pelaburan (pahala) di hari akhirat. Simpanan untuk hari pembalasan yang kekal abadi,” ujarnya yang menambah, wawasan orang Islam bukan sekadar di dunia sahaja tetapi lebih jauh hingga ke akhirat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .