Ikuti Blog ini

Majalah Forbes Berbohong pasal Rosmah..!!!

"Terkejut aku membaca surat khabar arus perdana pada 8 Okt 2010 lalu. Petikan berita dari Washington, majalah Forbes meletakkan Michelle Obama sebagai wanita paling berpengaruh dan berkuasa di dunia. Pemilik syarikat makanan Kraft Food, Irene Rosenfeld menduduki tempat kedua dalam senarai tahunan majalah tersebut.

Manakala pengacara terkenal, Oprah Winfrey di tempat ketiga, Cancelor Jerman, Angela Merkel dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menduduki tangga keempat dan kelima. Penyanyi flamboyant, Lady Gaga dan Beyonce Knowles berjaya menduduki senarai sepuluh teratas, manakala Queen Elizabeth II menduduki tangga ke 41. Menurut Forbes, senarai ini dipilih berdasarkan pengaruh kreatif dan budaya keusahawanan yang ditunjukkan oleh wanita-wanita tersebut.

Berita ini mungkin betul. Michelle Obama mungkin betul wanita paling berpengaruh dan berkuasa di dunia kerana suami beliau adalah orang paling berpengaruh di dunia. Pemilik makanan Kraft Food do tangga kedua paling berpengaruh mungkin betul. Begitu juga kedudukan Hillary Clinton dan Oprah Winfrey, mungkin betul. Tapi aku rasa majalah Forbes berbohong dari segi yang lain. Mengapa Datin Seri Rosmah yang amat berpengaruh tidak tersenarai, sekurang-kurangnya kedudukan 50 tertinggi. Siapa kata Rosmah tiada pengaruh? Kalau Michelle Obama berpengaruh kerana suaminya, apa kurang suami Rosmah Mansor. Bukankah Najib sendiri mengaku Obama meminta nasihat Najib mengenai 1Malaysia? Bukankah Najib sendiri mengaku semasa satu sidang baru-baru ini, Obama ada meminta Najib datang lebih awal sedikit untuk satu sesi perbincangan, dan Najib juga menawarkan kepada Obama untuk memberi tunjuk ajar kepada Amerika mengenai ajaran Islam untuk menghilangkan Islam fobia yang melanda Amerika? Malam ini, masuk berita TV pula, dicanang oleh orang kanan Najib yang penuh dengan kontroversi iaitu Jamaluddin Jarjis, bahawa Obama mahu Najib ketuai ASEAN. Wah hebatnya PM aku ni.

Kalau itupun tidak cukup, cuba pertimbangkan yang ini pula; bukankah Rosmah berjaya melepaskan seorang penuntut Malaysia yang ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan menentang sikap bongkak Israel yang enggan membenarkan aktivis-aktivis Viva Palestine menghantar bantuan makanan kepada penduduk Pelastine yang hampir kebuluran? Hanya dengan satu panggilan telefon kepada isteri Presiden Mesir, keesokannya penuntut Malaysia berkenaan dibebaskan. Rosmah sendiri mengaku akan hal ini di TV. Ini bukti Rosmah berpengaruh. Apa kelas Malaysia ada Menteri Luar seperti Anifah Aman yang tidak tahu buat kerja? Mana Anifah waktu itu? Sibuk sangatkah beliau waktu itu hingga memerlukan campurtangan Rosmah untuk membebaskan penuntut berkenaan. Kalau macam tu, eloklah Anifah balik ke Sabah saja jaga team bolasepak Sabah yang malam ini gagal ke suku akhir saingan Piala Malaysia. Itu taraf Anifah Aman. Mana ada kelas beliau jaga hal ehwal luar Malaysia. Beliau tidak buat kerja. Dulu Pak Lah bagi dia jadi Timbalan Menteri, jual mahal kerana beliau nak jadi menteri, itu mungkin taraf beliau. Kalau abang belia boleh jadi Menteri Besar, kenapa beliau tidak boleh jadi menteri? Tapi bila dilantik jadi menteri, kenalah pandai buat kerja.

Balik kepada Rosmah, apa lebihnya aktris seperti Beyonce yang terkinja-kinja di pentas, atau penyanyi gila-gila sepeti Lady Gaga yang baru-baru ini memakai baju yang dibuat dari daging binatang,ada kedudukan dan berpengaruh dari Rosmah? Aku tak percaya langsung Rosmah boleh kalah dengan Lady Gaga. Aku tak percaya Rosmah boleh kalah dengan Beyonce. Bukankah baru-baru ini Rosmah ke Belgium untuk melawat sekolah hamil di sana? Tugas seperti itu sepatutnya dijaga oleh Sharizat Jalil, seorang menteri yang kalah dengan Nurul Izzah di Pantai Dalam. Patutpun Shahrizat kalah di Pantai Dalam, kerja yang sepatutnya beliau buat pun, kena dibuat oleh Rosmah. Habis apa Sharizat buat? Nak tunggu ada budak kena dera, baru nampak buat kerja? Nak tunggu ada orang perempuan kena bunuh, baru nampak muka dalam TV? Nampaknya sekarang makin banyak kes buang bayi, bukan makin kurang. Makin banyak kes kehamilan luar nikah, bukan makin kurang. Dulu mana ada sekolah hamil, tapi sekarang dah ada, kerana kes hamil luar nikah semakin menjadi. Rakyat dah beri amaran tukar menteri Sharizat ini. Rakyat dah tak pilih dia, tapi Najib tetap pilih menteri yang ditolak rakyat ni, maka sebab tu lah kes buang bayi ni tidak berkurangan. Semuanya nak tunggu Rosmah buat. Tengok majalah hari ini, Rosmah dikurniakan darjah utama sempena harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang dulu terkenal dengan kes skandal balak di negeri Pahang iaitu Tan Sri Khalil Yaakub.

Minggu depan, ada sidang kemuncak Wanita Pertama, atau First Ladies Conference di Kuala Lumpur. Belum pernah ada lagi seminar seumpama itu di dunia. Malah inlah kali pertama isteri Perdana Menteri Malaysia digelar First Lady. Bukan orang lain yang gelarkan, tapi Rosmah sendiri yang menggelarkan diri beliau First Lady. Dalam perlembagaan Malaysia menyebut, bahawa ketua pertama adalah Yang Dipertuan Agong. Kalau macam tu siapakah sepatutnya yang digelar First Lady? Mengapa isteri Tengku Abdul Rahman tidak digelar First Lady. Toh Puan Rahah, Toh Puan Norashikin, Dr Siti Hasmah, kenapa mereka ini tidak digelar First Lady Of Malaysia tetapi Rosmah boleh? Itulah tanda kehebatan Rosmah. Jadi sekurang-kurangnya kalau tidak ada dalam senarai lima teratas, biarlah ada dalam 50 teratas. Mana boleh Rosmah kalah dengan Lady Gaga. Malu rakyat Malaysia kalau macam tu. Sebab tu aku yakin majalah Forbes berbohong. Sebelah pagi aku dengar ada 20 First Ladis setuju datang. Aikkk.. takkan 20 saja? Berapa banyak negara yang ada dalam dunia ni? Seratus lebih ahli PBB, kenapa 20 saja yang datang. Eh eh, malam ni aku dengar tinggal enam belas saja nak datang? Enam belas atau enam puluh? Mungkin aku silap dengar.. mungkin enam puluh. Tapi aku dengar lagi, yang datang tu dari negara ketiga yang mundur. Betulkah? Kenapa Mrs Obama tak datang? Kenapa bini Sakorzy yang cantik molek tu tak datang? Susah nak jawab ni. Mungkin First Ladiesyang nak datang tu, semata-mata nak bershopping kat KL? Boleh melawat kilang buat pinggang mangkuk? Boleh melawat kilang buat kain batik. Seronok la mereka...

Mana PERKASA? Esok akau nak jumpa Ibrahim Ali, nak tanya bila nak buat demo, protes majalah Forbes ni. Kalau Ibrahim tak mahu jumpa aku, aku nak jumpa dua orang yang sudah hilang dalam politik negara tetapi ditimbulkan kembali oleh Ibrahim Ali melalui PERKASA iaitu Ruslan Kassim yang pernah mengaku berbohong menfitnah Rahim Tambi Chik, dan juga Zahid Mat Aris yang mengaku cucu saudara Tun Ghafar Baba. Ini peluang baik kedua-dua ini untuk kembali dalam carta politik UMNO setelah tenggelam sebegitu lama. Rosmah tentu buka mata luas-luas jika Ruslan Kassim dan Zahid Mat Aris dapat membuka kembali mata majalah Forbes untuk memilih Rosmah sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh di dunia.

Oleh charlie
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .