Ikuti Blog ini

Solat istikarah TG Nik Aziz jadi penentu calon PAS


GUA MUSANG: Solat istikharah Menteri Besar TG Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi pemutus pemilihan calon PAS untuk pilihanraya kecil Galas.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

"Mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok," katanya.

Bagaimanpun, beliau menyokong PAS untuk menimbangkan meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

Katanya, ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Pemilihan calon, katanya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

Beliau juga yakin Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Okt ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 November ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 September lepas.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .