Ikuti Blog ini

Dan Janganlah Kamu Merasa Lemah Dalam Perjuangan...

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139].

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badr). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140].

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141].

Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]

Surah Ali-Imran, Ayat 139 hingga 142


Menang dan kalah dalam perjuangan selalu digilirkan oleh Allah swt, adakalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah. Kekalahan dalam perjuangan bukan bererti kita akan kalah selama-lamanya, begitu juga menang. Kemenangan yang dicapai juga bukan bererti kemenangan selama-lamanya, akan ada giliran untuk kalah dan untuk menang. Tidak ada satu kuasa politik di atas muka bumi ini yang kekuasaannya akan kekal selama-lamanya.

Perjuangan yang menempuh kekalahan bukan juga bererti Islam itu kalah. Sebagai pejuang kita mesti positifkan kekalahan yang berlaku di Galas dengan membuka minda dan hati kita secara terbuka dan meluas untuk mencari hikmah kekalahan.

Carilah hikmah kekakalahn untuk memeperbaiki segala kelemahan, muhasabah atau post mortem hendaklah di buat seikhlasnya, bukan untuk menuding jari sesiapa sahaja samada yang seangkatan atau yang bermusuhan. Hasil post mortem hendaklah terus diambil tindakan untuk mencari titik mula perjuangan yang akan datang tanpa berlengah.

Biarlah mereka berkokok meraikan kemenangan berhari-hari. Pekakkan sahaja telinga, akui realitinya di samping memuhasabah diri. PAS sudah kaya pengalaman dengan sering ditimpa kekalahan. Pimpinan pula mesti berpandangan jauh, terbuka minda dan berlapang dada terhadap sesiapa sahaja yang mengkritik dengan tujuan membina.

Saf kepimpinan hendaklah dirapatkan, hubungan pimpinan dan ahli hendaklah ditautkan. Para petugas hendkalah diraikan, mereka sanggup meninggalkan anak isteri dengan segala keselesaan untuk menginap di tempat yang kurang selesa demi perjuangan.

Kita wajar mengakui hubungan perjuangan antara pimpinan dan ahli memang wujud sekadar memenuhi disiplin berjamaah semata-mata, tetapi hubungan hati yang boleh sampai ke tahap ukhuwwah fillah belum tentu wujud dalam hati sanubari mereka.

Saya percaya, ada pimpinan yang sekalipun bertemu dengan para petugas yang meninggalkan anak isteri berminggu-minggu ditanya khabarnya, anak-anaknya, kebajikannya dan sebagainya.

Ini semua boleh mencetuskan keikhlasan yang mendalam yang juga menjadi antara pra syarat untuk Allah swt menganugerahkan kemenangan selain pra syarat yang lain.

Semuga kekalahan di Galas akan mengajar kita arti perjuangan yang sebenar, pengorbanan dan keikhlasan. Contohi sirah perjuangan para anbiya', para sahabat dan para mujahid sepanjang zaman yang memperlihatkan kualiti perjuangan yang tinggi.

Sultan Muhammad Al Fatehah menjadikan ungkapan "Konstantinopal akan jatuh di tangan pemimpin hyang baik, tentera yang baik dan raja yang baik". Ini adalah kata-kata yang diungkapkan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat. Sultan Muhammad Al Fateh membina dirinya menjadi pemimpin yang terbaik dalam semua aspek, tenteranya ditarbiyyah dengan tarbiyyah qur'ani, begitu juga seluruh rakyatnya.

Berbekalkan ini disamping strategik perang yang cukup licik, akhirnya kota yang menjadi kemegahan kerajaan Bizantium berjaya ditumbangkan oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

Modul perjuangan inilah yang wajar diteladani bagi membangkitkan semangat perjuangan.


http://misabah.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .