"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.
"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan KESEDAR seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," tegas beliau dalam sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.
Sehubungan itu, Kit Siang berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.
Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, beliau berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan semata-mata.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan tersebut adalah tindakan Umno yang terdesak untuk menang dalam PRK yang akan berlangsung esok.
(Mohd Fazli Othman)peguamnya