Ikuti Blog ini

Pasca Galas: BN Menang Tapi Tak Senang

BN tidak boleh selesa walaupun menang di Galas dan Batu Sapi: Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Kemenangan yang dihasilkan dari perbuatan sogokan wang dan penipuan kertas undi yang tiada logo untuk mengelirukan rakyat jelas tidak akan menyenangkan pihak yang menang.

Demokrasi yang tercemar adalah seperti coklat yang berulat yang ditemui di Mersing Johor menjelaskan bahawa jika corak politik kotor sedemikian diterima menjadi budaya pilihanraya oleh BN ia akan menyebabkan BN sendiri yang akan terus menderita lantaran tersuap "coklat yang berulat" itu. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .