Ikuti Blog ini

JANGAN LUPA AHAD TENGAH HARI

BERSAMA MB KE ISTANA NEGARA















KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010


POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.

DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia?

Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.

SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.

Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .