Ikuti Blog ini

Peserta himpunan dibebaskan


Cikgu Syed antara yg ditangkap


KUALA LUMPUR : Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara yang ditahan polis telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang semalam.

Penangkapan bermula seawal lima minit perarakan dimulakan dari masjid negara- tempat peserta berkumpul- menuju ke jalan utama di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Kekecohan berlaku apabila peserta bertembung dengan pihak polis yang membuat sekatan bagi menghalang pergerakan peserta himpunan ke Istana Negara.

Pada perhimpunan di Masjid Negara sebelum itu, para peserta difahamkan polis akan mengawal perarakan hari ini sehingga sampai ke Istana, bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis mengadakan benteng dihadapan stesen keretapi.

Tidak cukup dengan itu, beberapa trak water cannon juga sudah bersedia manakala pasukan FRU pula berbaris dengan senapang gas pemedih mata.

Tidak berpuas hati dengan sekatan itu, para peserta himpunan mula merempuh halangan pihak polis dan berjaya melepasinya.

Biarpun berjaya, pasukan FRU yang menunggu di hadapan himpunan mula melepaskan gas pemedih mata ke udara, manaka wate cannon mula membuat semburan.

Ekoran itu, peserta mula mencari perlindungan dengan sebahagian masuk ke dalam stesen keretapi manakala sebahagian lagi berjaya meneruskan perjalanan.

Polis dan FRU bagaimanapun bertindak segera menghalang semua jalan ke istana sehingga peserta himpunan yang dapat melepasi halangan polis tadi terpaksa kembali semula ke kawasan Masjid Negara.

Sekembalinya ke masjid negara, polis memulakan operasi tangkap terhadap peserta khususnya yang berpakaian merah termasuk anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS yang mengawal keselamatan peserta.

Operasi menangkap peserta himpunan aman di masjid itu bermula kira-kira jam 2.50 petang.

Sehingga kini, difahamkan lebih 50 orang telah dibawa dengan trak ke balai polis tetapi lokasinya masih tidak dapat dipastikan.

Keadaan kelam kabut itu memaksa pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan.

Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad kemudiannya bertemu pihak polis bagi meredakan keadaan.

Polis kemudian memberi jaminan tidak akan membuat tangkapan dengan syarat peserta disuraikan dengan aman serta-merta.

Ekoran persetujuan itu, semua peserta diarah bersurai kira-kira jam 3.30 petang.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .