Ikuti Blog ini

Pertambahan hasil negeri kerana polisi ditukar

ALOR SETAR - Rakyat Kedah kini yakin dengan pemerintahan Kerajaan sekarang yang bertujuan memberi kesejaheraan kepada mereka. Ini berikutan dengan peningkatan hasil balak akan digunakan untuk pembangunan rakyat, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya, rakyat mulai faham apabila Kedah berjaya mengutip premium balak lebih RM50 juta bagi 2010.

“Tahun ini sukacita saya maklumkan hasil balak negeri Kedah bertambah baik mencecah RM50 juta. Hasil balak premium ini adalah atas keluasan tanah 2,400 hektar”, katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara Kedah berjaya meningkatkan hasil balak 205 peratus berbanding sebelum 2008 dengan hasil kutipan hanya sekitar RM8 juta ketika Kedah di bawah pemerintahan kerajaan lalu.

Apabila kerajaan baru mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008 hasil balak mencecah RM35 juta dan meningkat kepada RM38 juta pada tahun 2009.

Beliau berkata, peningkatan itu adalah hasil keberkesanan sistem tender terbuka yang dilaksanakan dan sejak perubahan polisi dibuat ternyata hasilnya bertambah dan polisi yang diperkenalkan ini bukan untuk menindas mana-mana pihak.

“Jika saya boleh ubah dasar dan polisi dalam pentadbiran untuk kesejahteraan rakyat saya akan buat.

“Dan apa yang saya buat ketika memperkenalkan tender terbuka balak ada yang tidak puas hati tapi syukur kerana perubahan itu kita menjasikan hasil balak meningkat hampir 205 peratus”, katanya.

Kejayaan ini adalah hasil ketelusan Kerajaan Negeri mengubah polisi kepada yang lebih baik yang diyakini dapat meningkat pendapatan negeri seterusnya dapat digunakan untuk pembangunan rakyat.

“Inilah polisi yang terbaik pernah saya ubah. Pemberian balak tidak lagi diberi secara anugerah dan setelah saya umumkan dibuat tender terbuka, polisi ini amat berkesan. Ia secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah kronisme,” katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .