Ikuti Blog ini

YB Adun Selinsing kemalangan jalanraya

9 Safar 1432H [MOD].
BAGAN SERAI, 14 Jan.:- ADUN Selinsing,YB Hj Husin B Din, 58, terlibat dalam satu kemalangan petang tadi di Telok Medan, Bagan Serai. Walau bagaimanapun beliau tidak mengalami kecederaan yang serius dan cuma cedera ringan di jari dan juga mengalami sakit di dada beliau akibat hentakan beg udara.

Namun begitu kenderaan yang dipandunya jenis Honda CRV milik beliau remuk di bahagian hadapan. Menurutnya semsa ditemui ditempat kejadian, semuanya berpunca selepas beliau cuba mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan untuk membelok ke kanan tanpa memberi sebarang isyarat.

Dan seterusnya beliau tidak dapat mengawal kenderannya lalu terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri. Lain-lain foto klik di sini.
Kemalangan ini merupakan kemalangan ke dua dalam tempoh seminggu yang melibatkan pemimpin utama PAS di Perak. Beberapa hari lepas, Setiausaha PAS Perak, Ust. Hj. Misbahul Munir Hj. Masduki terlibat dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Behrang dalam keadaan hujan lebat.
Beliau juga tidak mengalami kecederaan serius. Namun begitu kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dipandu Ust. Misbah yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh itu rosak teruk.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .