B
"Saya dikehendaki memberi keterangan berhubung isu bomoh yang saya bangkitkan dalam sidang DUN pada 2 disember 2010," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya dipanggil kerana dikaitkan dengan usul mengikut perintah tetap di bawah fasal 36(3)(b) kerana sewaktu berbahas di dewan, (saya) telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang membawa masuk bomoh ke dalam DUN Perak sebelum sidang 7 Mei 2009 yang menyaksikan kerusi speaker V Sivakumar dirampas.
"Apabila saya enggan mendedahkan nama ADUN berkenaan, lalu saya diusulkan untuk disiasat oleh jawatankuasa berkenaan," tambahnya.
Drs Khalil berkata, beliau akan mengadakan sidang media khusus mengenai surat panggilan tersebut dan akan memberi reaksi terhadapnya.
"Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa DUN perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri perak telah dijampi oleh bomoh tersebut," tambahnya.- m'kini