Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PRK Kerdau adalah amat penting sebagai medan latihan terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 akan datang.
"apa saja kaedah yang ada pada petugas Terengganu yang boleh digunakan, apa sahaja idea dan strategi pastikan (gunakanlah) untuk kemenangan calon kita disini," katanya ketika memberikan taklimat di Desa Murni disini, Selasa 22 Februari.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang menyifatkan Kerdau sebagai 'medan tempur' terakhir menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka berlaku pada masa terdekat.
Seramai 20 petugas dari PAS Kawasan Marang dan 10 petugas dari PAS Kawasan Besut berada di kawasan PRK Kerdau bagi memulakan tugas awal kempen pilihanraya.
Turut hadir adalah Penolong Setiasaha, Haji Hanafiah Mat, Pengarah Pilihanraya, Ariffin Deraman dan Ahli Jawatankuasa PAS Marang, Cikgu Mohamad Draman.
Calon PAS yang akan bertanding pada PRK Kerdai dijangka diumumkan esok, 24 Februari di Markaz Besar pilihanraya, Darul Hikmah, Kerdau, oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. -BO