Ikuti Blog ini

Pemimpin UMNO alami tekanan perasaan yang melampau

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/wanazhar.JPGBESUT - PAS Kawasan Besut menafikan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh 40 orang ahli Pas cawangan Kampung Seri Penaga di sini menyertai UMNO.

Yang DiPertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan Idris mengalami tekanan perasaan yang melampau menjelang pilihanraya umum ke-13.

"PAS Kawasan Besut melahirkan simpati di atas tekanan perasaan melampau (extreme stress) yang sedang dilalui oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir,"jelasnya dalam satu kenyataan akhbar yang diterim alewat petang Ahad, 29 Mei

Menurutnya Idris mungkin bermimpi dan mengigau kerana hakikatnya tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO itupun telah kembali bertaubat dalam tempoh kurang dari satu jam.

" Dakwaan pengistiharan kemasukan ahli PAS Kg Seri Penaga berjumlah 40 orang itu merupakan mimpi dan igauan (dreams and nightmares) semata-mata,

"Mereka mencampur seluruh bilangan jari kaki, tangan, cuping telinga, bibir mulut dan segala-galanya untuk menggenapkan angka tersebut.

"Dalam semakan yang dibuat, tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO tetapi telah bertaubat dalam tempoh kurang dari satu jam,"ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Azhar menasihatkan Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri agar berhati-hati Umno Bahagian Besut.

Menurutnya, data dan maklumat yang dibekalkan oleh Idris selaku Ketua Bahagian adalah tidak benar

Justeru beliau mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja 'dalaman' parti tersebut, malah membersihkan negeri Terengganu, khususnya kawasan Besut dari projek-projek kerajaan Umno-BN yang 'mengalami stroke' yang menyusah dan membebankan rakyat.

"Saya mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja dari sudut bilangan ahlinya yang benar-benar komited tetapi terus menjurus kepada projek-projek yang mengalami ‘stroke’ sehingga membebankan rakyat.

"Projek Jerteh Souq yang bernilai hampir RM70 juta dan pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut bernilai RM1 juta masih misteri dan ia pasti menjadi mercu tanda ketidakcekapan tadbir urus kerajaan Terengganu,"tambahnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .