Ikuti Blog ini

Ron 95 : Menteri pembelit cakap berbelit-belit

Beberapa hari yang lalu Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata harga minyak RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Namun hari ini lain pula nada percakapannya. Ayah seorang penyanyi ini berkata rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan harga RON 95 akan naik.

Inilah sifat kaki pembelit cakap berbelit-belit, mengalahkan pelawak sarkas. Bagi kita kalau kerajaan sudah tidak sanggup sila berikan mandat kepada PR. Tidak perlulah cakap berbelit-belit semata-mata untuk memperdaya dan menipu rakyat yang sedang dalam kesengsaraan sekarang.

Tiba-tiba hari ini Si Mail ini berkata bahawa rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

Tanpa rasa malu dan bersalah (cakap berbelit-belit), Mail berkata rakyat perlu bersedia dan dia tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Katanya di Putra Jaya semalam yang dipetik dari Bernama.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .